networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, May 6, 2013

@NajibRazak Perlu Fikir Majlis Rundingan Kaum Untuk Baiki Sokongan Masyarakat Cina.. #PRU13 #GE13

Siapa yang tidak sedih melihat gelombang tsunami masyarakat Cina kini menolak BN...Aku memang terasa dengan kekurangan sokongan masyarakat Cina terhadap BN...apa tidaknya, Parlimen aku dan Dun aku disapu Pembangkang..sebelum ini kubu kuat BN...

Biarpun aku ini bukan sesiapa dalam Barisan Nasional..tetap sebagai seorang penulis..aku fikir idea aku boleh membuka mata semua pihak...

Sejak pengumuman semalam, kita memang nampak yang sokongan masyarakat Cina memang menolak Barisan Nasional dan memilih DAP..kita fikir semula masyarakat Cina menolak BN MCA Gerakan bukan kerana PAS dan PKR tetapi mereka fikir DAP mampu membela hak mereka..dengan erti kata lain pendekatan untuk mendekati masyarakat Cina..

Dulu masa PRU 10-11, kita lihat sokongan masyarakat Cina amat kuat kepada BN dan menganggap DAP sebagai satu parti yang tak relevan...ketika gelombang Reformasi,yang menjadi penyelamat kepada BN adalah pengundi Cina dan India..tetapi kenapa PRU 12-13 ini berubah?

Pasti ada sesuatu yang tidak kena..siapa kata Cina dalam Pakatan Rakyat pasti menang...Chua Jui Meng pun kalah..ini membuktikan bahawa kalau Chua bertanding bagi tiket DAP tak ada masalah untuk menang...

Di Penang..dahulu siapa DAP?hanya sekelumat parti yang tak ada nilai..sekarang?mereka tersangat kuat...sebabnya apa?mereka mahukan hak rakyat Cina diberi lebih autoriti dalam falsafah Malaysian Malaysia...

Rasanya DS Najib mempunyai 2 pilihan buat masa ini..Pertama Menolak terus secara total orang Cina...jika Najib buat cara ini,masyarakat Cina yang sebelum ini menyokong dan mengundi BN akan swing kepada DAP...

Pilihan kedua ialah, DS Najib perlu menubuhkan segera majlis rundingan kaum untuk memurnikan beberapa dasar bagi mengembalikan sokongan pengundi Cina kepada BN...mungkin hak ketuanan Melayu boleh dilonggarkan..tetapi adakah Melayu sedia?

Sedangkan sekarang ini pun, masyarakat Cina yang tak dapat hak seistimewa Melayu pun sudah mendahului Melayu...Lot tanah bumiputera dan pemberian boasiswa untuk masyarakat Cina perlu diselidik kembali...

Persoalan yang akan timbul jika DS Najib memilih untuk menubuhkan Majlis Rundingan Kaum adakah masyarakat Cina akan menyokong kembali BN?jika mereka setuju cara ini..kita akan dapati ahli kabinet lebih seimbang dengan berbilang kaum...

Tidak setuju aku jika Chua Soi Lek mengumumkan Mca tidak mahu kerusi di kabinet..kerananya, masih ada lagi calon Cina yang bagus..contohnya Wee Ka Siong..untuk pengetahuan semua WKS ini bersembang dengan aku dan dia memang mendalami budaya masyarakat Melayu..WKS mampu menulis JAWI dengan baik..malah tandatangannya juga dalam JAWI...

Pemimpin seperti Wee Ka Siong ini adakah mahu disekat?aku tidak setuju...

HE : DS Najib perlu memikirkan pilihan yang bijak..biarpun ramai penyokong UMNO tidak selesa dengan tsunami Cina ini..tetapi dalam keadaan ini, kita perlu mendekati dan bukan memisahkan... Musuh utama aku ialah penipuan Anwar ibrahim..bila dia nak letak jawatan?PR dah Kalah ni!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5 comments:

Anonymous said...

mengarut la mau minta sedekah sama orang cina...lebih baik najib ambil serius untuk beri lebih lagi kepada sabah sarawak dan melayu yg masih setia mengundi BN...kita mesti kasi pengajaran sama orang cina atas sifat perkauman mereka yg melampau lampau...

Anonymous said...

Jangan nak jadi hidung tak mancung pipi tersorong2...... Chua Jui Meng kalah sebab dia ada masalah dengan pimpinan DAP Johor. Kerana dia agak sedikit liberal. Tolong lah, jgn bagi cadangan yg tak munasabah. Nak suruh DS Najib bagi, bagi dan bagi lagi ke? Kenapa kaum India bila DS Najib dah bagi jaminan dan buat transformasi mereka terima baik tawaran BN. Ini sudah bukan soal ada yg tak kena dengan BN. Ini jelas mereka hanya nak buli Melayu. Jangan jadi bodoh. Mereka takkan puas selagi tak pegang kuasa. DAP menang byk kerana orang Cina nak kuasa penuh bukan nak berkongsi sama2 mentadbir negara dengan org Melayu dan India. Apa tak pernah kaum mereka pegang jawatan Menteri penuh ke? Buka mata. Menteri Kesihatan, Menteri Pelancungan, Menteri Pengangkutan, Timbalan Menteri Penerangan dll Timb Menteri. Cukuplah dengan pengajaran yang mereka bagi kali ni. Mereka sudah buka pekung siapa mereka sebenarnya. Hanya 5% yang mahu toleransi dengan kaum melayu, India dan lain2 kaum. Yang majoriti sudah memberi signal jelas. Apa tak faham lagi ke? Jangan nilaikan diri kita dengan RM50 seperti nilai yang pemimpin mereka letak harga kita. Mereka tak pandang Melayu. Mereka dalam diam hina org PAS. PAS tu Melayu Islam juga tapi terpedaya dengan Melayu spesis Sikitol. Knp Chua Soi Lek siang2 ckp MCA tak nak pegang jawatan? Akhirnya UMNO serba salah. Bila tak ada Cina, akan dituduh rasis. Kalau beliau ikhlas, takkan ckp macam tu, kalau betul sama2 lah bangun kembali dengan BN. Sy kata beri lah jawatan pada org MIC. Kemudian kita rakyat yang tak ada ikut mana2 parti ni bagi sokongan penuh. kalau ada salah silap pemimpin, kita bagi tau lah mereka secara berhemah. Kita perbetulkan dan terus bina kesejahteraan Malaysia. Majukan ekonomi Melayu, Pribumi Sabah, Sarawak, India (yang menyokong) dan kaum minoriti lain.

Anonymous said...

Ini lah cara mereka untuk mendesak kerajaan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru dan hak keistimewaan bumiputera.Dgn cara ini kerajaan akan terdesak utk meminta sokongan mereka dan mereka akan menuntut kesamarataan setiap kaum yg mana kaum bumiputera masih jauh ketinggalan dlm semua bidang....lama kelamaan org melayu akan terus merempat....

Anonymous said...

saya setuju ministrial post diberikan kepada sabah dan swak selain drp UMNO. sabah/swak have been so consistent in their support to BN. they deserve more seats in the cabinet now. cina dah buktikan menolak BN diikuti dgn pelbagai provokasi melampau dlm FB seperti menterbalikka bendera msia oleh pelajar msia di taiwan. the time has come for unity between UMNO and PAS to curb DAP from progressing further in the national political landscape.

observer said...

Maaf kerana menulis dlm bahasa Inggeris:

Thinking over the past few days, I've come to the conclusion that BN lost ground due to that it lost the propaganda war. PR gained ground due to its devastatingly effective propaganda machinery. It worked fabulously among the Chinese, and it manage, incredibly, miraculously, to instill belief among a large segment of the people that the election is fraud. BN needs a more effective counter-propaganda specialist team. In modern warfare and in democratic competition, propaganda and counter-propaganda is the key, and I think BN failed to see this. BN is still using old-timer propaganda method - news over RTM, TV3, etc., and the same, old style - which is simply not effective anymore in urban areas.
BN is now in a position similar to the US in Iraq: see: http://www.meforum.org/1753/the-us-counter-propaganda-failure-in-iraq

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA