networkedblogs

Bersahabat..

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

Anwar Perlu 5 Minit Jer Untuk Menipu...

Friday, May 24, 2013

Parlimen Mula Bersidang 24 Jun...

Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-13 membabitkan sesi persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan berlangsung di Bangunan Parlimen, bermula 24 Jun ini.

Tarikh itu ditetapkan selepas Yang di-Pertuan Agong, Tunku Abdul Halim Mu'adzam Shah, menandatangani Proklamasi Memanggil Parlimen Untuk Bermesyuarat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berdasarkan Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata istiadat pembukaan mesyuarat itu akan disempurnakan Seri Paduka Baginda pada 10 pagi, 25 Jun ini.

"Selaras Peraturan 11 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Perdana Menteri selaku Ketua Majlis memutuskan Takwim Parlimen Bagi Dewan Rakyat selama 16 hari bermula 24 Jun hingga 18 Julai 2013, manakala Dewan Negara pula akan berlangsung selama sembilan hari mulai 25 Jun dan 22 Julai hingga 1 Ogos depan," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sehubungan itu, Speaker Dewan Rakyat berkata, Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah, mengeluarkan Notis Panggilan Mesyuarat kepada semua ahli Dewan di kalangan Ahli Parlimen.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA