networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, May 28, 2013

Pendaftaran Pengundi Bukti Kesungguhan Parti Untuk Menang #PRU13.. MCA Tiada Kesungguhan Jika Nak Banding DAP!!!



Statistik pendaftaran pemilih baru merupakan salah satu indikator terhadap kesungguhan parti-parti politik untuk memenangi pilihan raya. Sedikit sebanyak ia boleh memberikan gambaran tentang apa yang berlaku di Johor, Pulau Pinang, Kelantan, Sabah dan Selangor. Ia menjelaskan pencapaian DAP di Pulau Pinang dan Johor; kenapa Kelantan masih belum dapat ditawan dan kenapa UMNO menunjukkan peningkatan, kenapa Sabah masih dapat BN pertahankan dan kenapa prestasi Pas lebih baik di Selangor berbanding PKR. 

Jelas, MCA dan Gerakan memerlukan transformasi menyeluruh; MIC dan parti-parti berasaskan kaum India dalam BN memerlukan usaha penyatuan; dan kerjasama baru antara Pas dan UMNO dalam BN perlu diusahakan. Mudah-mudahan akan ada kaedah untuk menangani permainan politik cauvinis dan sentimen keagamaan oleh DAP demi pembentukan Malaysia yang lebih aman dan harmoni.





Rahsia Besar MCA dan GERAKAN Buat Majik Kepada DS @NajibRazak Terbongkar!

Jom tengok statistik daftar pemilih pada tahun 2010 (Jan-Jun).



Dalam masa 2 tahun lepas PRU 2008, MCA hanya mendaftar seramai 2,897 orang pengundi manakala DAP mendaftarkan seramai 55,321 orang pengundi dalam tempoh yang sama (6 bulan).

Jika dilihat pada pecahan mengikut negeri, ternyata gerak kerja DAP tersusun kerana mensasarkan negeri CHINESE BELT seperti Johor, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur. Lebih menyedihkan bila lihat GERAKAN hanya mendaftarkan seramai 471 orang pengundi dalam masa 6 bulan.

Tidak salah kalau MyMassa katakan Tsunami Cina berlaku kerana gerak kerja yang tersusun serta usaha politik yang jitu daripada DAP berbanding MCA dan GERAKAN.

Kenapa MyMassa kata MCA dan GERAKAN buat majik kepada YAB PM? Kerana bagi MCA dan GERAKAN, membodek DS Najib dengan program-program MEGA yang tidak mempunyai impak pada kertas undi lebih penting daripada melaksanakan gerak kerja akar umbi politik seperti mendaftarkan pengundi dan kenalpasti blok pengundi di satu kawasan pilihan raya.


Progam BODEK MEGA anjuran MCA di Pelabuhan Klang yang tidak memberikan impak yang sepatutnya.

Bila dah kalah, MCA dan GERAKAN menyalahkan parti berasaskan kaum sebagai punca. Tiba-tiba pemimpin-pemimpin MCA dan GERAKAN menjadi 'BIJAK' dengan mencadangkan penubuhan PARTI TUNGGAL BARISAN NASIONAL. Persoalannya, mampukah parti tunggal yang bernama BARISAN NASIONAL mampu mengembalikan sokongan pengundi Cina jika MCA dan GERAKAN hanya mendaftarkan 2897 orang dan 471 orang pengundi dalam masa 6 bulan?

Politik adalah permainan angka. Siapa yang lebih banyak akan menjadi pemenang walaupun dengan satu undi. DAP dengan penuh iltizam cuba mendaftarkan seberapa ramai pengundi yang berpihak kepada mereka. Mereka juga membuat perpindahan pengundi dari kawasan yang mereka menang dengan majoriti yang besar kepada kawasan sasaran mereka. Rakan dari Johor memaklumkan bahawa DAP telah bersedia dengan lebih 10,000 pengundi baru (sama ada didaftarkan / pindah pengundi) di Gelang Patah yang membantu memenangkan Lim Kit Siang.

Sudah tiba masanya parti komponen Barisan Nasional serius untuk melaksanakan program-program politik yang memberikan impak. Kurangkan tumpuan seketika kepada program-program kebajikan seperti tolong mangsa ALONG, bawa balik rakyat Malaysia yang terperangkap di luar negara atau program-program lain yang lebih memberikan publisiti. Tumpukan kepada program pendaftaran pengundi baru, kenalpasti blok pengundi yang menyokong kita dan 'kepung' mereka daripada program jamuan mega yang kita sendiri tidak kenal siapa yang hadir sama ada pengundi tempatan atau orang luar. Beri tumpuan kepada kawasan putih dan kelabu.



Bila susah cari pemimpin BN. Masa mengundi pangkah pakatan.

Bagi program-program kebajikan, tinggalkan kepada wakil rakyat pakatan pembangkang yang telah pengundi pilih. Sebagai contoh di Selangor, ketika banjir kilat berlaku, pemimpin BN yang kehadapan dan bersungguh-sungguh membantu rakyat. Wakil rakyat pakatan boleh goyang kaki. Tetapi bila tiba masa mengundi, jasa pemimpin BN dilupakan dan undi tetap kepada calon pakatan.


Untuk negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, MyMassa sokong cadangan untuk tutup pusat khidmat masyarakat BN dan biarkan wakil rakyat pakatan yang buat kerja menyelesaikan masalah rakyat. Apa guna gaji dan elaun pemimpin pakatan kalau orang lain yang buat kerja untuk mereka?




MyMassa harap teguran ini dilihat dari sudut positif. MyMassa bukan nak hentam tapi berasa sedih bila tengok GERAKAN hanya mendaftarkan 471 orang (kurang 500 orang) dalam masa 6 bulan. Walaupun pernah mengetuai Kerajaan Pulau Pinang, GERAKAN hanya berjaya daftar 48 orang di negeri tersebut (bersamaan 8 orang sebulan). Jika pendedahan MyMassa ini tidak tepat, MyMassa harap parti yang berkenaan isytiharkan secara rasmi berapa sebenarnya pengundi yang telah mereka daftarkan sepanjang 5 tahun. MyMassa juga berharap media arus perdana mendapatkan statistik pendaftaran pengundi mengikut parti politik dari SPR supaya kita tahu siapa yang buat kerja dan siapa yang hanya pandai cakap dan memberikan cadangan.

*Apa yang MyMassa nukilkan di sini adalah berinspirasikan komen Tun Daim Zainuddin mengenai strategi salah parti komponen BN menghadapi pilihan raya. Kepada pembaca yang berminat, boleh membacanya di sini : http://www.mole.my/node/20459

1 comment:

Anonymous said...

Kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR perlu menjlankan siasatan ke atas kebanjiran pegundi2 baru Cina yg begitu drastik bilangan pertambahannya. Entah2 ini pengundi hantu dari Cina yg berpuluh ribu datang menggunakan pas lawatan dan kemudiannya menghilangkan diri.Kita mesti ada rasa sangsi dan waswas jika tidak nanti hancur negara kita.Ayuh bertindak sebelum PRU14.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA