networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Sunday, May 12, 2013

Taktik Pakatan Fitnah Ketelusan Keputusan #PRU13 Didedahkan!!!


1. Serangan psikologi mengenai ketidaktelusan pilihan raya sudah bermula seawal pasca 2008 apabila BERSIH 2.0 , 3.0 dan 4.0 diteruskan untuk memberi satu persepsi dan gambaran kepada masyarakat bahawa pentadbiran dibawah kerajaan Barisan Nasional tidak telus. Keadaan ini akan membangkitkan emosi kemarahan dan ketidakpuasan rakyat yang merasakan kerajaan Barisan Nasional tidak berlaku adil. Apabila perkara sedemikian berlaku maka akhirnnya rakyat yang membenci Barisan Nasional dan ada kalanya seperti ramai yang berkata ‘there are a lot of people who hate BN and yet at the same time they do not love PR ” . Namun begitu , golongan ini tetap akan mengundi dan menyokong Pakatan Rakyat .

2. Strategi ini digunakan secara berperingkat – ringkat dengan kewujudan BERSIH untuk membawa proses arus momentum arus tsunami untuk mempengaruhi sebanyak rakyat Malaysia yang sudah terpengaruh emosi mereka. Taktik psikologi membangkitkan emosi kemaharan dan kebencian adalah satu perkara yang mudah dicetuskan kepada mereka yang mudah beremosi dan apatah lagi Tuhan mencipta manusia dengan pemberian emosi berbanding dengan makluk ciptaan yang lain. Bukan mudah untuk kita jatuh cinta tetapi amat mudah untuk kita membenci dan disebabkan keadaan inilah strategi Anwar adalah untuk mengeksploitasi perasaan dan emosi rakyat dengan perasaan marah dan kebencian mereka .Sesungguhnya adalah lebih mudah untuk manusia membenci daripada mencintai.

3. Oleh sebab itu , kempen utama PR 13 kali sepanjang 15 hari tiba – tiba sahaja wujud banyak spekulasi di Internet bahawa akan terdapatnya penipuan dan isu Bangla diwujudkan untuk membangkitkan perasaan marah rakyat Malaysia yang mudah terpedaya. Operasi dimulakan di internet terlebih dahulu dan tersebar luasnya gambar Bangla ( just because of 1 posting from 1 of the blog ) . Selepas itu Anwarrrrrr pula bangkit untuk menyatakan terdapat 40 000 bangla diterbangkan oleh Air Asia selama seminggu ke Kuala Lumpur untuk memanipulasi keputusan pilihan raya.

Memandangkan ramai rakyat Malaysia yang tidak analitikal maka mereka terus akan percaya pada angka dan tuduhan yang dilaporkan oleh Anwar Ibrahim. Realitinya sebuah Karpal Terbang hanya mampu untuk mengambil 200 dalam satu masa. Sekirannya benar 40 000 orang maka Air Asia memerlukan sebanyak 3000 penerbangan untuk mengambil kesemua jumlah bangla yang dituduh. Lebih – lebih lagi CEO Air Asia Tony Fernandez sudah menafikan dan mencabar Ambiga membukitkkan bahawa benar – benar Air Asia ada mengambil penumpung bangla dari Sarawak ke Kuala Lumpur untuk memanipulasi keputusan pilihan raya kali ini.

4. Apabila persepsi sudah berjaya digambarkan kepada masyarakat Malaysia dan sebaran palsu ini tersebar luas maka strategis Pakatan Rakyat sekali lagi menghantar 2 buah bas bangla ke bandar Klang di Pandamaran dan keadaan ini akan menyebabkan ramai lagi rakyat percaya bahawa Bangla benar – benar dihantar ke klang. Gambar telah diambil dan tersebar luas. Kesemua serangan dan strategi politik ini telah dirancang secara berperingkat – ringkat demi membina momentum persepsi kebenaran bahawa adanya ketidaktelusan PR di Malaysia.

5. Untuk melengkapkan lagi permainan politik persepsi ini persedian awal untuk menyatakan terdapatnya blackout dalam kawasan yang BN akan kalah dan selepas Blackout BN tiba – tiba Menang juga sudah dari awal telah dirancang. Oleh sebab itu , isu blackout mula merebak pada jam 11 pm tetapi pada jam 11.30 sudah terdapat blog , cyber troopers Red Bean DAP and juga video mengenai isu Magical Black Out sudah mula tersebar luas.

6. Keadaan ini memberi peluang kepada mereka menggunakan warna Hitam sebagai tema mereka untuk melakukan perhimpunan di Kelana Jaya yang sudahpun dirancang dengan awal. Gerakan menghantar petisyen kepada Amerika Syarikat sehingga hampir mencecah angka 90 000 rakyat Malaysia juga telah bermula pada hari yang sama.

7. Serang dan permainan psikologi Anwar dengan mengumumkan kemenangan Pakatan Rakyat seawal jam 7 pm dimana majoriti tempat pun belum menghabis kira jumlah undi adalah untuk memanipulasi kegembiraan rakyat untuk sementara. Hal ini disebabkan ketika penyokong PR sudah mula bergembira seketika dan akhirnya kalah maka kekecewaan mereka akan jauh lebih teruk dan akhirnya perasaan marah dan benci secara semula jadi akan dibangkitkan.Permainan perasaan ini adalah sangat kejam tetapi efektif. Pelambangannya adalah seolah – olah berkahwin pada hari ini tetapi esok pasangan boleh minta bercerai.

8. Anwarrrrr adalah politikus yang sangat mahir dan berpengalaman. Beliau tahu dalam majoriti sejarah negara yang hanya mampu bertukar kerajaan apabila terdapatnya pertumpahan darah . Lihat sahaja di Arab , Egypt , Indonesia , Rusia , Sepanyol , Thailand dan sebagainya. Kemenangan pembangkang menjadi kerajaan baharu hanya setelah darah rakyat dimandikan apabila perasaan marah dan benci rakyat dibencikan sehingga tidak lagi mempedulikan nyawa mereka.

9. Strategi ini akan menyebabkan persepsi dan emosi sesetengah masyarakat Melayu untuk membenci Cina dan Cina pula membenci Melayu dan apabila emosi kedua – dua kaum ini mencapai satu tahap yang amat tegang maka satu situati teruk yang bakal berlaku yang biasannya memberi manfaar kepada pembangkan di seluruh duni untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan.

10. Oleh itu , 1sya.com mengharapkan rakyat Malasysia baik Melayu , Cina atau India jangan sesekali terpengaruh dengan permainan politik yang cuba dibawa oleh Pakatan Rakyat. Kita seharusnya tenang , terkawal dan tidak lagi diprovokasi oleh mana – mana pihak untuk mencetuskan ketegangan antara kaum di negara kita. Sekirannya kejadian yang tidak diingini berlaku maka pelbagai kaum sahaja yang akan merana nanti dan tiada mana – mana kaum di Malaysia yang akan mendapat manfaat. Semua kaum juga akan kalah dan sengsara dengan percaturan politik yang hanya akan menguntungkan poltikus tertentu. Agenda perpaduan rakyat yang perlu kita utamakan kini dan bukannya salah menyalahkan antara satu sama lain lagi. Demi negara tercinta kita jangan sesekali terperangkap dengan strategi dan psikologi yang akan merisikokan keamanan kita semua - SUMBER

( Analisis Politik Peribadi Penulis )

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA