networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Monday, June 3, 2013

Air Asia Amal Dasar Kroni Pilih Juruterbang?Fulamak!!!


Air Asia didakwa mengamalkan budaya diskriminasi dalam pemilihan juruterbang dengan mengutamakan ahli keluarga juruterbang sedia ada.

Presiden Persatuan Belia Juruterbang Malaysia (MyPA), Tuan Ahmad Humaizi Tuan Muhammad Kamal berkata, 30 juruterbang yang terpilih daripada pemilihan terakhir yang dijalankan lima daripadanya adalah anak kepada pegawai atasan Jabatan Penerbangan Komersial (DCA).

"Tiada beza antara kami dan anak-anak pegawai yang lain, semua sama membelanjakan sejumlah RM250,000 untuk mengikuti penerbangan komersil perlesenan juruterbang.

"Malah seorang daripada calon yang terpilih tidak tersenarai dalam temuduga untuk menjalani pemilihan berjaya kepemilihan terakhir," katanya ketika ditemui pada sidang media di ibu pejabat Berita Harian di sini hari ini.

Humaizi juga menegaskan, lebih 1000 juruterbang telah menyatakan bantahan terhadap tindakan syarikat penerbangan tambang murah berkenaan.

"Saya rasa pekara ini bukan saya saja yang tidak bersetuju malah saya mewakili seribu juruterbang yang lain supaya pekar ini harus diberi tindakan yang wajar dan telus kepada Air Asia dan DCA harus ambil tindakan.

"Saya syorkan pihak DCA menubuhkan satu jawatan kuasa khas untuk menangani isu juruterbang yang menganggur." katanya.

Sebelum ini, Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) turut membidas AirAsia yang mencetuskan beberapa isu baru-baru ini dengan menyifatkannya sebagai memalukan dan tidak berperikemanusiaan.

Sumber : KLPOST


1 comment:

Anonymous said...

Dalam apa jua pengurusan Airasia jgn la amalkan pilih kasih.head of pilot recruitment ada conflict of interest masukkan anak DCA

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA