networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Friday, June 7, 2013

Alhamdulillah MB Kedah Sudi Dengar Rintihan Mazidul Atasi Eksploitasi Kanak-Kanak Minta Sedekah Pusat Tahfis Amal

... JIKA saya gagal menyalurkan maklumat mengenai kes perhambaan kanak-kanak dan remaja oleh Pusat Tahfiz Amal, PTA di Yan, KEDAH.

Itu janji saya kepada semua pembaca setia blog ini.

Syukur, jam 2.12 petang tadi, saya dihubungi oleh Setiausaha Politik YAB Menteri Besar, MB Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.


"Hari ini cuti umum di Kedah, InsyaAllah esok kita berjumpa," kata beliau.

Apapun secara ringkas dan padat, saya sempat menyalurkan maklumat kepada beliau melalui perbualan telefon.

Saya berasa amat yakin, majoriti pembaca blog ini tahu mengenai kegiatan PTA lebih 12 tahun memperhambakan kanak-kanak dan remaja. Kegiatan zalim pada awalnya berlaku di Kedah itu kemudian diluaskan sayap ke seluruh negeri di Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Sila baca rayuan pertama, kedua dan ketiga saya kepada kerajaan negeri KEDAH di sini, sini dan di sini.

Saya telah menulis puluhan entri berhubung PTA di blog ini. Bagaimanapun semua maklumat dikongsikan untuk rujukan pihak berkuasa bak mencurah air di daun keladi.

Jabatan Agama Islam Kedah, JAIK tetap dengan kenyataan klise dikeluarkan sebelum ini. PTA tidak berdaftar secara sah dengan JAIK kerana pusat itu terus berdegil mengeksplotasi kanak-kanak dan remaja untuk menjual pelbagai barangan, produk hasil keluaran Raja Sakti kini memiliki istana di Tasik Beris di Sik, Kedah.

Justeru, JAIK tidak berkuasa memantau kegiatan pihak pengurusan PTA menzalimi pelajar. 

Melalui entri ini, saya ingin memohon jasa baik pembaca untuk berkongsi pengalaman peribadi mengenai perhambaan pelajar PTA kini dilihat berlaku secara berleluasa di seluruh negara. 

Jika pembaca tidak mempunyai akaun blogger, sila catatkan pengalaman di laman ini. 



Berikan peluang kepada Datuk Mukhriz dan pegawai beliau bertugas di Wisma Darul Aman di Alor Setar membaca dan memahami semua informasi bakal dikongsikan. Semoga tindakan membanteras kegiatan zalim itu mampu dilaksanakan dengan kadar segera.

Kegiatan PTA harus disiasat dan perhambaan kanak-kanak WAJIB dinoktahkan.



Kepada pembaca sudi berkongsi pengalaman, terlebih dahulu terima kasih saya ucapkan. Mulakan catatan dengan 'YAB Datuk Mukhriz ...' SUMBER Untuk Disebarkan

HE : aku sudah banyak kali terserempk dengan kanak-kanak PTA ini...dari Perak, KL, Selangor, Putrajaya sampai ke Selatan Tanah Air...bila mereka datang jumpa aku..aku tidak lagi memberi wang ringgit sebaliknya mengajak mereka makan bersama...namun kesemua lawaan itu ditolak..cara mereka meminta derma seolah-olah telah didokrin...mohon jasa baik YB Mukhriz mendengar isu ini....aku berharap PTA ini dapat bantuan sewajarnya dari pihak kerajaan negeri...

1 comment:

Anonymous said...

Org yg menganiaya anak yatim..balasannya neraka..memakan harta anak yatim..balasan neraka kecuali yg sepatutnya seperti mengurus harta. Inikan yg mengetahui hukum Islam.

Betul betul akhir zaman.. Nabi Muhammad saw sendiri anak yatim. Bacalah kutbah terakhir nabi pasal anak yatim...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA