networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, June 26, 2013

Anwar Gelojoh Menanti PRK DUN Kuala Besut...

Mati-mati penulis ingatkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akan mendiamkan diri dan mengelak dari mengulas kekosongan DUN Kuala Besut yang mana akan ada PRK dalam masa terdekat berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar akibat sakit kanser paru-paru.

Telahan itu berasaskan andaian yang Anwar ada sedikit rasa malu selepas gagal dalam propagandanya melalui kempen Blackout 505 untuk membantah SPR di mana Anwar dan pemimpin PR yang lain akhirnya akur mengiktiraf keputusan PRU-13 dengan menyertai majlis angkat sumpah sebagai AHli Parlimen.

Rupanya telahan penulis meleset apabila baru beberapa jam Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar pergi menghadap Illahi, Anwar mencatatkan rekod sebagai antara pemimpin PR yang terawal mengalu-alukan PRK DUN Kuala Besut.

"Saya anggap PRK kali ini kritikal kerana majoriti yang diperolehi Umno pada kerusi tersebut agak memberangsangkan.

"Bagaimanapun situasi ini tetap memberi peluang yang baik untuk PAS menempah kemenangan pada kekosongan itu.

"Pakatan akan sokong calon yang akan diletakkan PAS," itu kata Anwar sebagaimana petikan dari portal KeadilanDaily.

Tarikh PRK DUN Kuala Besut belum pun ditetapkan bila, tapi Anwar sudah serlahkan kebolehan dirinya untuk bila-bila masa boleh menjadi politikus hipokrit.

Memang dasar lidah bercabang betul, jenis tak tahu malu. Bantah SPR dan tuduh pilihan raya kotor dan tidak telus tapi di masa yang lain bila menang boleh pula pergi angkat sumpah.

Hipokrasinya mengalahkan politikus ala-Machiavelli, sambil membuat tohmahan jahat dan menyebarkan propaganda anti SPR kini bila ada PRK DUN Kuala Besut terus sahaja bersungguh-sungguh untuk menyokong PAS dalam PRK DUN Kuala Besut.

Himpunan Blackout 505 di Padang Merbok sebagai bantahan terhadap SPR belum pun genap seminggu tapi ia nampaknya tak menjadi masalah untuk Anwar berubah pendirian dengan menyokong pula penyertaan PAS dalam pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR.

Untuk satu abad mendatang, kita kena akui gelaran raja hipokrasi dan bapa sandiwara sememangnya akan kekal milik Anwar Ibrahim. Tiada makhluk atas dunia ini yang mampu memiliki gelaran itu, ia hanya untuk Anwar dan hanya Anwar saja yang layak menggondolnya.

Sumber : http://www.mykmu.net/?p=32257

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Nazir said...

"Telah melalai, melekakan kamu dlm hal memperbanyak banyakkan (harta, pangkat, wang ringgit, teman dan kawan, sijil dan ijazah, pengikut dan pekerja, penyokong dan kerusi, dsb), hinggalah kamu ziarah (masuk ke dlm) kubur."

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA