networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, June 17, 2013

Lim Guan Eng Masuk TV3 Keputusan Henti Pencarian Mendiang Lim Chin Aik..Cai Mana Tengok #TV3



Sapa kata pemimpin Pembangkang diharamkan masuk TV 3...mungkin kesemua penyokong pembangkang tidak dapat menyaksikan moment ini yang mana DS Zahid Hamidi dan Lim guan eng bersama2 dalam membuat keputusan menghentikan pencarian mangsa tertimbus penebat hujan di bangunan UMNO...

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri tertimbus di bawah jalan raya yang dihempap penebat kilat akibat ribut di George Town, Pulau Pinang ditamatkan tanpa menemui mangsa, pagi tadi.

Operasi itu tidak dapat diteruskan atas faktor keselamatan yang dikhuatiri menjejaskan bangunan sekitar selain saluran paip dan kabel elektrik bawah tanah.

Pengerusi Panel Penasihat Teknikal Kerajaan Negeri, Datuk Lim Kok Khong yang menyelia operasi mencari berkata kerajaan negeri tidak mahu mengambil risiko sehingga membahayakan bangunan sekitar dengan meneruskan operasi itu.

Jelas beliau, struktur dan kestabilan tanah dikhuatiri terjejas jika lubang dikorek melebihi enam meter.

Selain itu, hujan lebat malam tadi juga menyebabkan lubang itu digenangi air dan lumpur sehingga menyukarkan kerja-kerja mengesan kedudukan kenderaan dan mangsa yang tertimbus.

Sebelum itu, keluarga mangsa yang berada di lokasi juga memberi persetujuan untuk memberhentikan operasi terbabit selepas dimaklumkan mengenai keadaan itu.

Mangsa, Lim Chin Aik, 44 tahun yang juga seorang peniaga dipercayai tertimbus bersama keretanya selepas dihempap penebat kilat yang tumbang dari atas Bangunan UMNO negeri di Jalan Macalister pada petang Khamis lalu.

Pasukan mencari menemui serpihan kereta Honda City milik mangsa termasuk empat tayar, bahagian depan kereta serta nombor chasis enjin dalam operasi mencari.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA