networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Saturday, June 15, 2013

Man Of Steel Filem Terbaik...Ulasan Dari Kaca Mata @HarapanEsok

Kar-El...(S = Hope)
Semalam aku membawa keluarga menonton filem Man Of Steel...jujurnya filem ini memang bagus dengn elemen kemanusiaan dan grafiknya pun bagus...biasalah dalam filem superhero dan dunianya nyata sekalipun jika ada hero pasti ada watak antagonis yang mana akan bersifat dendam untuk memusnahkan hero...

Dalam filem ini, ia menceritakan dua latar tempat iaitu planet yang bernama Kripton dan Bumi...kisahnya bermula apabila Kar-El dilahirkan melalui persetubuhan yang mana bertentangan dengan norma masyarakat di planet Kripton..kalau di Kripton anak-anak disenyawakan dalam 1 ruang di Kripton...kalau di sana..nak jadi panglima memang sudah disetkan sejk dari peringka janin lagi...

Kar-El (Clark Kent di Bum) telah dilahirkan oleh ibunya Lara Lor-Van (AyeletZurer) yang disambut oleh bapanya di Kripton Jor-El (Russell Crowe).

Sejurus bayi Kar-El dihantar ke bumi, ia terus dinamakan sebagai Clark Kent yang diasuh oleh pasangan  Jonathan (Kevin Costner) dan Martha Kent (Diane Lane)..Perkara yang membuatkan emosi aku tersentuh ialah, bapa Jonathan yang sanggup mati dimamah taufan semata-mata mahu merahsiakan kemampuan luar biasa Clark Kent dihadapan orang awam...

Watak antagonis (Jahat) telah bermula di Planet Kripton yang mana Panglima Perang, Jeneral Zod (Michael Shannon) cuba untuk mengambilalih kuasa pemerintahan Kripton..namun tindakan jahat Zod akhirnya dihukum dan dia bersama pengikutnya dikunci, dibeku dalam satu peti..

Jeneral Zod yang Jahar
Sebelum Jeneral Zod dihukum, Zod telah berikrar akan menghapuskan Superman (Clark) suatu hari nanti...Apabila Kripton musnah, ia telah membebaskan dia bersama kuncu-kuncunya...kehadirannya Jeneral Zod ke Bumi telah bermula apabila Clark telah mengaktifkan kapal besar dari Kripton dan ianya telah membantu Jeneral Zod untuk ke Bumi...

Apa yang menarikny dalam filem Man Of Steel ini, pakaian superman telah diperbaharui dengan mengenakan suit gelap dengan tertulis huruf S yang membawa maksud HARAPAN...

Bagi blogger politik seperti aku ini, aku melihat ia dari sudut politik dan kemanusiaan..ketamakan kuasa Jeneral Zod seperti Anwar Ibrahim di Malaysia dan Superman tak lain tak bukan ialah DS Najib Razak..mungkin ianya macam lucu bagi puak cacai makan dedak..tetapi ini ialah realiti yang berlaku dari kaca mata aku..

Jeneral Zod menggunakan Game plan untuk merampas Kripton dan Bumi dengan cara untuk menyelamatkan dan memperbanyakkan umat kripton dengan alasan mahu menggunakan Bumi untuk membina semula Kripton...

Harapan memang cantik..tetapi apa yang dilakukan oleh Jeneral Zod ternyata sebaliknya apabila hampir hancur bumi dibuatnya..pada mulanya dia mengugut rakyat bumi supaya menyerahkan Superman kepada mereka tetapi apabila penduduk bumi menurut perintahnya, sebaliknya berlaku kepada Superman...

Zod mahu membunuh Superman dan berkuasa di bumi...Impian Zod tidak kesampaian apabila dibunuh dalam satu pergelutan dengan Superman...

Rakyat bumi pada mulanya agak sangsi dengan Superman..mereka beranggapan Superman sama seperti zod iaini musuh tetapi kebenaran akhirnya terdedah apabila Superman telah menyelamatkan tentera US daripada dibunuh oleh Zod...

HE : Moralnya di sini, orang jahat seperti Jeneral Zod memang pandai menipu..mereka akan menggunakan berbagai-bagai alasan untuk mencapai imipiannya...orang seperti Anwar Ibrahim dan Jeneral Zod ni memang tak bole dipercayai...

Hati-hati...orang jahat akan gunakan apa sahaja cara termasuk memfitnah, meroyan dan menggunakan emosi yang bodoh....haha!

2 comments:

Blitzenius said...

im not taking sides, but first bro, you're not a comic books fan nor a comic book-related movies fan.

dah terang2 motto si General Zod tu ialah "Ketuanan Krypton Harus dipertahankan". which tells you everything.

please stop reviewing movies. stick to politik.

Anonymous said...

aku tambah sikit..kali ni kar-el memahami..memakai spender di luar..adalah bukan sifat normal seorang manusia bumi... ;)

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA