networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, June 16, 2013

Petani Simpan Alien Ditangkap...Wah Mistik Ni!!!haha

Rehatkan kepala dari politik sekejap...seorang petani dilaporkan ditangkap kerana menunjukkan gambar alien yang ditangkapnya di laman internet...

Tindakan petani itu telah menggusarkan ramai pihak..disebabkan tindakan ini petani tersebut di tangkap...jom baca kisah selanjutnya di bawah...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Seorang petani ditahan selepas beliau dengan bangganya memaparkan foto makhluk asing di internet dan mendakwa menangkap makhluk tersebut.

Petani yang dikenali sebagai Li, kini terkenal di media China selepas memuat naik gambar makhluk asing tersebut dan akhirnya terpaksa mengakui, 'alien' tersebut direka menggunakan daging ayam dan dawai bagi mengelirukan orang ramai.

Beliau ditahan polis selama lima hari kerana menyebarkan gambar palsu dan menganggu orang awam.

Pada mulanya, petani itu menceritakan cara beliau menangkap makhluk asing menerusi laman web.

Kemudian, Li memuat naik gambar makhluk asing yang usdah mati itu di dalam peti sejuk menyebabkan ramai pengguna internet mempersoalan kebenaran gambar tersebut.

Pada masa itu, Li menegaskan yang ceritanya benar. – Sinar Harian

HE : padah main-main dengan media sosial...tak pasal-pasal mendapat..haha

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA