networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Friday, June 7, 2013

TAKZIAH : Gambar Runtuhan Jambatan Pulau Pinang Ke-2.


Rakyat Malaysia tergempar dengan cerita Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh. Malah ia melibatkan korban nyawa.

Pasukan mencari dan menyelamat memotong keluli dan rangka konkrit yang besar untuk sampai ke kawasan di mana sebuah kereta tertimbus selepas penyambung jambatan kedua Pulau Pinang di Batu Maung yang masih dalam pembinaan runtuh pada pukul 7 malam Khamis.

Polis berkata, pasukan penyelamat mencuba untuk lebih dekat dengan kereta itu tetapi ia dihalang oleh runtuhan rangka konkrit.

Lalu lintas di kawasan itu pada pagi Jumaat sesak apabila orang ramai menuju ke tempat kerja di kilang-kilang di kawasan perindustrian.

Kerja-kerja pembinaan dihentikan untuk memudahkan penyiasatan dan laluan masuk dan keluar laluan ke kawasan itu terus ditutup kepada semua kenderaan.

Tiga orang cedera akibat penyambung konkrit dan keluli di persimpangan bertingkat di Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh.

Dua daripada mangsa adalah pekerja pembinaan Slamat, 36, dari Indonesia dan Tin Maung Iwin, 39, dari Myanmar.

Kedua-dua mereka dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Timbalan Ketua Pulau Pinang, Polis Datuk Abdul Rahim Jaafar pada malam Khamis berkata bahawa pekerja asing sedang bekerja di tapak projek ketika kejadian berlaku.

Seorang lagi yang cedera ialah Thilasheni Rajendran, 24, yang telah terkena serpihan runtuhan.

Thilasheni, yang ketika itu sedang memandu, berjaya menghentikan keretanya kira-kira dua meter dari tempat kejadian.

Rakannya, Gajashaantini Gajanujan, 24, yang turut berada di dalam kereta tidak cedera.

Abdul Rahim berkata, lebih 300 anggota bomba dan polis berusaha mencari mangsa di dalam kereta yang tertimbus dalam runtuhan.

Abdul Rahim berkata, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan kren besar apabila kren yang dibekalkan oleh syarikat pembinaan gagal untuk mengangkat konkrit.

Jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) berkata, runtuhan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung sedang disiasat.

Jalan susur projek jambatan itu dilaksanakan oleh Cergas Murni Sdn Bhd.

JKSB berkata, ia akan mengeluarkan kenyataan rasmi pada Jumaat.

Cergas Murni Sdn Bhd adalah sebuah syarikat tempatan di Pulau Pinang, yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Jadi ianya takdak kena mengena dengan Kerajaan Pusat. Soo.. jangan pula ada yang tuduh, ini salah Pusat sebab kontraktornya negeri ok. -Lengkap dari Sumber









Lagi Gambar di SINI

HE : Berpeluh juga rasanya Lim Guan Eng nak Spin isu ni...Anwar macam biasa..jawapannya akan salahkan BN...dah tau dah...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA