networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, June 7, 2013

Tarian Separuh Bogel!!! MCA Segamat Sudah Sama Taraf Dengan DAP!!!Jaga Sensitiviti Umat Islam!!!


Isu tarian gelek separuh bogel yang diadakan di tempat awam dan terbuka di pasaraya One Segamat sudah beberapa hari hangat. Ia ekoran teguran ikhlas dari YDP PAS Segamat Firdaus Masod yang melahirkan kekesalan di atas penganjuran majlis tersebut yang sepatutnya tidak dilakukan di Segamat mahupun Malaysia.

Teguran ikhlas YDP PAS itu disambut secara politik pula oleh Ketua MCA Segamat Dr Lee Hong Tee hingga membayangkan sekiranya Johor diperintah oleh kerajaan Islam, ianya akan mundur.


Bagi aku, kelancangan melampau MCA itu seolah-olah mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa mengira sensitiviti agama dan bangsa lain. Aku secara peribadinya bersetuju dengan teguran YDP PAS tersebut, adalah tidak elok acara sebegitu diadakan di tempat awam yang ditonton oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Kalau MCA rasa nak bebas, nak berbogel sekalipun, bogellah, tetapi bukannya ditempat terbuka.


Acara yang dibuat sempena sambutan Hari Bapa tersebut apakah ianya sebagai "hadiah mata" untuk kaum bapa agar garang menerkam kaum ibu sekembalinya dari One Segamat? Apa agaknya perasaan anak-anak kecil, perasaan remaja dan juga perasaan kaum ibu melihat atau "terlihat" perut dengan pusat terjojol meliuk lentuk menggelek berserta dengan tetek yang bergegar?

Walaupun aku bukannya ahli atau penyokong PAS, tetapi melihat pemimpin Islam dipeleceh sebegitu oleh Cina kafir, terpanggil aku untuk bertanya, manakah pemimpin UMNO Segamat atau Sekijang yang sememangnya berkongsi bandar itu? Kenapa tiada yang berbunyi? Kejadah apa dengan Cina Segamat? BN menang di Segamat bukannya kerana undi Cina. Apakah pemimpin UMNO Segamat/Sekijang juga rela anak-anak kecil dan remaja mereka melopong melihat penari gelek bergelek separa bogel dikhalayak umum?

Pandanglah isu ini dari sudut agama dan bukannya politik. Jangan biarkan pemimpin PAS yang Islam diperleceh oleh bukan Islam. UMNO wajib menghulur bersuara membantu PAS dalam isu ini. Kalaupun tiada, setidak-tidaknya mahu juga aku mendengar YB Datuk Ayub Rahmat dari Kemelah yang pernah hot dengan cadangan melaksanakan hudud di Johor agar berbunyi. -SUMBER

HE : Aku bersetuju dengan YDP PAS Segamat tentang isu ni...kalau ia pun nak tarik sokongan Cina..janganlah sampai menyamakan taraf dengan DAP yang tak ambil kira hal sensitiviti...puak PAS pula bila hal berkaitan dengan MCA bukan main pantas lagi depa kaut isu!!bila bab DAP senyap pulak!!!kita kena adil dan saksama bagi menangani masalah sosial ni!

1 comment:

Anonymous said...

AKu juga sokong teguran YDP PAS Segamat. Itulah wajibnya kita umat Islam Melayu bersatu.. barulah suara kukuh dan syariat dpt ditegakkan.

Jangan kasi chance sama ada BERTAM Night atau Segamat Show..!! balun Cina Harbi

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA