networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, June 6, 2013

TERKINI : Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh..



Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang tadi.

Runtuhan yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung itu dikuatiri menghimpap beberapa kenderaan yang sedang melalui jalan berkenaan.

Anggota keselamatan sedang giat menjalan pemeriksaan untuk mengetahui jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat.

Runtuhan itu juga mengakibatkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan. Sebuah kenderaan telah dihempap oleh runtuhan jambatan tersebut dan maklumat awal mengatakan kesemua 4 mangsa yang berada didalam kenderaan tersebut meninggal. - Sumber Mat Kilau Penang

HE : Cuba kalau berlaku di negeri tadbiran BN comfem yang akan disalahkan kontraktor UMNO...betul tak?ni insiden tidak diingini...haha

10 comments:

Anonymous said...

sila siasat dlu projek ni dari kerajaan negeri atau kerajaan pusat.. aku budak penang n keja di ats jmbatan ke2 tu.. tahu bnyak bnda pasal jmbatan tu.. projek sapa n duit dri mana..

Anonymous said...

Ello, ce chek blek sapa pny projek jmbatan ke 2 ni..kerajaan persekutuan der..

Ni bukti..
http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Jambatan_Kedua_Pulau_Pinang

Anonymous said...

Maaf sedara...Untuk pengetahuan, projek ni projek Kerajaan Persekutuan, bukan projek kerajaan negeri.

Anonymous said...

JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG RUNTUH...!

Fakta yang perlu di ketahui umum:-

Yang bertanggung jawab dalam mengeluarkan tender adalah kerajaan negeri iaitu DAP yang berkuasa di Pulau Pinang..

Kerajaan Persekutuan hanya boleh membantu dengan menyumbangkan dana, tetapi perihal lain-lainnya di bawah bidang kuasa kerajaan negeri..

Ini adalah senarai kontraktor dan pakej

Pakej 1 - CHEC Construction (M) Sdn Bhd
Pakej 2 - UEM Builders Bhd
Pakej 3A - Cergas Murni Sdn Bhd
Pakej 3B - IJM Construction Sdn Bhd
Pakej 3C - HRA Teguh Sdn Bhd

Sumber: http://www.jambatankedua.com.my/webv1/

Anonymous said...

Der, tender projek ni kuar taun 2007..Guan eng jd ketua menteri taun 2008..ape cer der DAP pulak kuar tender??? tender da kuar time zaman ko su kun laa...

http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Lim_Guan_Eng

http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Jambatan_Kedua_Pulau_Pinang

Anonymous said...

http://anwaribrahimblog.com/2010/06/22/kenyataan-akhbar-parti-keadilan-rakyat-berkenaan-isu-jambatan-pulau-pinang-ke-dua/ aikk...kerajaan negeri eh bagi tender??

Anonymous said...

Hahaha bagian yg jatuh tu bagian sape. Ooiii cari bagian yg dpt tender yg beri tender sape..bukan tengok projek keseluruhan..setiap part ada co. yg dpt tender...kena muka hang sebijik baru malu..tapi jenis org begini dah biasa spin dan fitnah mana ada rasa malu..kulit dah tebal bebbb

Anonymous said...

Bagian sape....kerajaan negeri tak terlibat ke????!! Hahaha..tunggu dulu nanti keluar fakta malu..muka kulit dah tebal mana ada malu..biasalah dah selalu spin berita..

Anonymous said...

Kalau nak menjaja isu cepat aje..nanti dah terbuka fakta..spin lain pulak..byk sgt duduk bawah pakatan..kebenaran dah tak boleh terima..punyala taksub... Dah abiss blackout...bersih..dakwat.. Bangla..pengundi hantu..ic...wah dpt tajuk baru nak ronda jlnraya..
JAMBATAN

Anonymous said...

cergas murni adalah lantikan syarikat jambatan kedua sdn bhd. tidak pernah dilantik oleh PDC dibawah lim guan eng.

check your facts right!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA