networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, June 13, 2013

Wanita Serang Putrajaya Alami Kemurungan Psikosis...


Muhdalena Ahmad yang dituduh mengamuk bersama seorang lelaki dengan bersenjatakan pedang samurai di luar kompleks Jabatan Perdana Menteri di sini tahun lepas, didiagnos mengalami kemurungan psikosis.

Peguam M.Visvanathan yang mewakilinya memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau menerima sijil perubatan bagi Muhdalena yang dikeluarkan pegawai perubatan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Putrajaya, yang menyatakan Muhdalena didiagnos mengalami "gangguan kemurungan dan psikosis teruk".

Kata peguam itu sijil perubatan berkenaan meliputi tempoh 11 Jun hingga 11 Julai.

Visvanathan berkata doktor mengesahkan Muhdalena tidak sihat untuk hadir di mahkamah.

Beliau kemudian memohon mahkamah menangguhkan perbicaran kes wanita itu yang sepatutnya diadakan hari ini dan esok.

Pihak pendakwaan, yang diketuai timbalan pendakwa raya Kalmizah Salleh, tidak membantah permohonan penangguhan itu.

Hakim Mohamed Kamil Nizam kemudian meluluskan permohonan Visvanathan dan menetapkan 29 Julai sebagai tarikh untuk meneruskan perbicaraan.

Muhdalena, 28, dan Khalil Afendi Abd Hamid, 47, dilaporkan mengamuk di luar kompleks JPM dengan bersenjatakan pedang samurai sebelum mereka ditembak dan Khalil meninggal dunia kemudiannya akibat kecederaan.

Muhdalena dikenakan pertuduhan pada 16 Julai tahun lepas di Hospital Putrajaya Hospital ketika dia ditempatkan di situ untuk menerima rawatan kerana kecederaan pada paha kanannya.

Wanita ini menghadapi empat pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, dan Akta Tempat Larangan dan Kawasan Larangan 1959.

Dia dituduh melakukan ugutan jenayah terhadap Kpl Ridzuan Megat Ahmad di Kompleks 'B' Jabatan Perdana Menteri pada 9 Julai 2012 dan memiliki sebilah parang di tempat dan pada tarikh yang sama.

Muhdalena juga dituduh mengingkari perintah Ridzuan supaya meletakkan senjatanya dan mematuhi nasihat seorang menteri supaya mendapatkan pas atau permit sebelum memasuki premis berkenaan. - Bernama

HE : Patut pun lakukan perkara yang merepek..rupanya ada masalah mental...bahaya juga ya penyakit kemurungan ni..aku juga sarankan kepada masyarakat di luar sana pergilah buat pemeriksaan mental jika ada masalah emosi yang keterlaluan..takut nanti halusinasi tu bawa padah kepada orang lain...

1 comment:

Sue Bee said...

nasib baik tak de yang terbunuh akibat dari serangan 2 org yang bermasalah ni.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA