networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, July 14, 2013

Calon PAS #PRK #KualaBesut Sungguh Hina..Duit Rakyat Bakal Ditapau Jika Mangkuk Ni Menang!

Bukan lagi rahsia apabila calon PAS untuk DUN Kuala Besut, Azlan Jusuh merupakan bekas ahli UMNO dan merupakan salah seorang daripada AJK Pemuda Cawangan yang bergerak aktif suatu ketika dahulu sehinggalah dia gagal memperolehi kontrak besar daripada Kerajaan Persekutuan.

Sebagai kontraktor Kelas A, dengan nilai kontrak melebih RM2 juta, secara sahnya projek tersebut adalah projek Kerajaan Persekutuan.

Kali terakhir, Azlan Jusuh memperolehi projek besar, meskipun dia hanyalah pemegang SPM berpangkat Gred 3, adalah pada tahun 2003. Selepas itu, kegagalan untuk mendapatkan projek, membuatkan dia berpaling kepada PAS dengan harapan PAS terutama sekali di Kelantan akan memberikannya lebih banyak projek dan menjadikannya lebih kaya berbanding orang lain.

Disebabkan itulah, perniagaannya bertumpu di Kota Bharu. Dan dia juga tidak segan silu untuk memberitahu bahawa dia lebih pentingkan perniagaannya berbanding menjadi pemimpin masyarakat walaupun pada masa yang sama, dia menagih undi daripada masyarakat di DUN Kuala Besut.

Sesuatu yang barangkali tidak disedari oleh kebanyakan orang terutama sekali para penyokong Pakatan Rakyat ialah tentang statusnya selaku Melayu-Bumiputera telah digunakan untuk mendapatkan kontrak dan tender kerajaan. Kalaulah dia seorang bukan Melayu, bukan pula Bumiputera apatah lagi beragama Islam, besar kemungkinan dia hanyalah pecacai yang menjual pelbagai kertas yang mengandungi senarai projek kepada kontraktor-kontraktor bermata sepet seperti yang dilakukan oleh kebanyakan broker angin di Kuala Lumpur.

Dia telah menggunakan status dirinya dengan baik. Calon PAS itu juga telah membuktikan bahawa keistimewaan Melayu-Bumiputera sekiranya digunakan dengan sebaik-baiknya akan membolehkan mereka keluar daripada kepompong kemiskinan dan tanggapan skeptik bahawa bangsa Melayu-Bumiputera tidak akan dapat mengubah nasib mereka.

Namun sebagai calon, haram tak sekutik keluar dari mulutnya memperkatakan tentang kebaikan dasar-dasar kerajaan yang ditentangnya hanya semata-mata dia tidak dapat projek besar lagi. Sebaliknya dia bersam-sama satu jemaah yang sentiasa mengkufuri nikmat yang mereka perolehi dan mencari alasan mudah bahawa 'REZEKI DATANGNYA DARI ALLAH'.

Cakap separuh benar dan separuh masak!

Memang benar, rezeki itu datangnya dari Allah Taala. Bahkan Allah Taala telah menentukan bahagian masing-masing dan rahsia tersebut tidak diketahui oleh sesiapa pun, termasuklah oleh para malaikat, sepertimana tidak tahunya tentang jodoh dan ajal. Dan sunnah Allah Taala bergerak seiring dengan asbab dan musabab.

Dek kerana itulah, Islam tidak diturunkan kepada manusia, melainkan menerusi Rasul-Rasul dan para Nabi. Kerana itulah jugalah, Al Quran tidak diturunkan sekaligus kepada manusia sebaliknya beransur-ansur menerusi Rasulullah s.a.w.

Begitu jugalah dengan rezeki. Tidak berlaku hukum tajrid kepada umat Muhammad, sebaliknya setiap ketika dan masa, mereka terkepung dan berada di atas hukum asbab. Dengan kata lain, apabila berada di atas hukum asbab, seseorang itu perlu bertindak sesuai dengan sebab dan akibat. Dia harus bekerja untuk mendapatkan rezekinya. Dia juga perlu mengadakan sebab bagi mensejahterakan hidupnya.

Rezeki tidak akan turun dari langit dan jatuh berdepuk depan biji mata sepertimana Bani Israel mendapat manna dan salwa ketika tersesat di kebun teh selama lebih 40 tahun dalam sirah Nabi Musa a.s.

Justeru apabila berkata kononnya, apa yang diperolehinya sekarang adalah hasil usahanya sendiri, merupakan cakap-cakap kufur. Allah Taala menjadi asbab dan musabab kepada anugerah rezeki tersebut. Ada saluran dan ada 'orang tengah' yang membolehkan rezeki tersebut menjadi rezekinya. Tidak sahaja perlu bersyukur dan berterima kasih kepada Allah Taala, tetapi juga kepada makhluk kerana telah memudahkan urusan berkenaan, apatah lagi setiap tindakan makhluk adalah atas AF'AL ALLAH TAALA. Semua benda yang majazi, hakikatnya adalah Allah Taala semata-mata. Tidak terjadi sesuatu tanpa Kudrat dan Iradat-Nya.

Kalau Allah Taala tidak mengadakan STATUS BUMIPUTERA dan sekiranya Allah Taala tidak memberikan ilham kepada pembuat dasar dalam kerajaan Malaysia agar Melayu-Bumiputera dimajukan dan dipermudahkan, adakah Azlan Jusuh berada dalam kedudukan sekarang?

Hina sungguh kalau wakil rakyat berkelakuan dan berperangai sebegitu rupa!

Pakai kepiah, kononnya ahli parti Islam, kononnya memperjuangkan Islam, kononnya itu, kononnya ini tetapi hakikatnya dia adalah seorang yang kufur nikmat dan gagal mendakwahkan kepada orang ramai tentang kebesaran Allah Taala menerusi Kudrat dan Iradat-Nya.

Perkara paling asas dalam ilmu Tauhid tu!

Sumber : http://www.mykmu.net/?p=32928

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA