networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Monday, July 1, 2013

Guru Berjauhan Dengan Keluarga Dalam Perhatian KPM...

Kementerian Pendidikan bersedia untuk mengkaji semula pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin atas faktor kemanusiaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu Isnin.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata adalah tidak sesuai bagi pasangan suami isteri, terutama yang baharu berkahwin dipisahkan atas kekangan tugas.

"Bagi saya sebagai pendidik yang ada pengalaman sebagai seorang pengetua, sekiranya ada guru yang minta tukar atas sebab mereka berkahwin, saya beri sokongan penuh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbulah Osman (BN-Gerik) yang bertanya mengenai permohonan pertukaran guru yang telah berkahwin.

"Ini atas dasar kemanusiaan...tidak sesuai atau tidak baik untuk suami isteri dipisahkan," katanya.

Terdahulu, menjawab soalan Hasbullah mengenai usaha-usaha yang dijalankan untuk memperkasa Institut Perguruan Malaysia (IPGM), Yap berkata beberapa aktiviti dilaksanakan termasuk usaha untuk menarik 30 peratus pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai profesyen perguruan khususnya di IPG.

Institut itu turut melaksanakan usaha ke arah memberi penarafan kepada semua 27 kampus IPG di seluruh negara selain kursus-kursus untuk pengukuhan latihan perguruan dan pembangunan profesionalisme, katanya.

Bagi meningkatkan prestij IPG setanding institut pengajian tinggi awam (IPTA), satu pelan strategi telah dirangka untuk mencapai sasaran 33 peratus pensyarah IPG memiliki ijazah kedoktoran (PhD) menjelang 2020, kata Yap.

Beliau berkata pada tahun 2012, daripada 3,947 pensyarah IPG, seramai 308 pensyarah adalah pemegang Ijazah Doktor Falsafah dan 3,057 Sarjana.

-- BERNAMA

HE : buatlah apa yang patut..asalkan cikgu2 bersemangat nak didik anak bangsa...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5 comments:

Cikgu Norazimah said...

Guru yang dah lama kahwin mcm mana pula yer?

http://cekgunorazimah.blogspot.com/2013/06/kecewa-lagi-buat-kali-ke-6.html

Bukan Guru said...

Wajib diberi perhatian serius, boleh dianggap pemutus silaturrahim jika sengaja dipisahkan atau diabaikan permasaalan sedemikian..

Erma Shalizia said...

walaupun saya bukan seorang insan yang bergelar guru.. tapi adalah wajib dan perlu diambil perhatian untuk perkara yang dinyatakan.. adalah tidak munasabah jika suami dan isteri dipisahkan atau berjauhan dengan alasan "saya menurut perintah". berilah peluang kepada anak didik yang baru lepasan sijil.ijazah dan sbgnya.. hurmmm

Anonymous said...

tahniah kepada menteri tersebut kerana setelah 30 tahun baru difikirkan perkara ini secara serius. tolong segerakan penempatan guru berdekatan pasangan..

Anonymous said...

dah 6 bulan berita ni kluar, tp encik suami yg bertugas sebagai guru PK memohon untuk berpindah mengajar di kawasan bandar setelah lebih 6 tahun terperuk di pendalaman masih tidak mendapat jawapan yang di harapkan dari pihak yang bertanggungjawap..dari anak sulung berusia 5 tahun lebih sekarang sudah menjejak kaki ke alam sekolah menengah, si ayah hanya sibuk 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH' tapi berdasarkan kemanusian si ayah 'AKU YANG BAGI KAU ORANG MAKAN SAJA' tapi kasih sayang, masa untuk keluarga memang tiada..malah amat mendukacitakan sekali bila mendapat tahu bahawa 'PEGAWAI' yang bertanggungjawap melakukan tugasnya memilih cara yang amat DI GALAKKAN iaitu PILIH BULU sebelum membuat keputusan...sepanjang berjauhan, pelbagai masalah dalam rumahtangga timbul dek kerana tanggungjawap hanya terbeban pada si isteri..terpaksa menggalas peranan ayah n ibu dalam masa yang sama demi MEMENUHI RUANG KOSONG si ayah..jika penceraian berlaku akibat dari 'PRIHATINNYA' pihak bertanggungjawap, adakah pihak terbabit sudi memberi wang belanja pada anak-anak yang kehilangan si ayah dek kerana sibuknya 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH' ini..rela dalam terpaksa, si ayah wajib turun ke pendalaman, sudi antara benci si ibu menghantar dengan ekor mata menahan rasa benci, muak dan dengan seribu sumpah seranah, mahu tak mahu anak-anak hanya melihat pergi si ayah tanpa sebarang perasaan..kerana sudah lali dan terbiasa tanpa si ayah di sisi..suka,duka,sihat, sakit..hanya si ibu yang berada di sisi..dan begitulah juga saatnya jika si ibu sakit, anak-anak berusia 12 thn, 8 tahun dan 7 tahun itulah yg menjaganya..dalam tangis kesakitan si ibu menghantar anak-anak ke sekolah demi menimba ilmu..di mana si ayah? nun di pendalaman, sibuk 'MENURUT PERINTAH' sehingga sanggup merisikokan nyawa isteri dan anak-anak..di mana 'PRIHATIN' YANG DI AGUNGKAN tu????

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA