networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, July 20, 2013

Guru Wanita Terlupa Anak Tidur Dalam Kereta, Anak Meninggal Dunia...


Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mati akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini semalam.

Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata Jumaat, kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu pada pukul 5.30 petang.

Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru terlupa mengenai anak bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ke sekolah, wanita itu menghantar adiknya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

"Setelah habis tugasan si-ibu pergi ke kereta pada 5.30 petang dan terkejut melihat muka Nawal Iris kebiruan, bibirnya pucat serta ada kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta berkenaan," katanya.

Yahaya berkata menyedari keadaan anaknya yang tidak bergerak, wanita berkenaan segera membawa anaknya ke klinik swasta berdekatan di USJ4, Subang Jaya, di sini dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Beliau berkata laporan bedah siasat oleh Hospital Serdang yang diperoleh tengah hari ini mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia kerana 'heat stroke'.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Hospital Serdang mendapati suasana pilu menyelubungi bilik mayat apabila lebih 30 ahli keluarga kanak-kanak itu hadir menunggu proses bedah siasat selesai.

Ibu kanak-kanak itu yang menangis teresak-esak serta ahli keluarganya enggan ditemu bual wartawan.

Polis mengesahkan jenazah kanak-kanak itu dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, di sini, hari ini. -Bernama

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

7 comments:

emzex said...

Al fatihah...Beban tugas guru terlampau banyak menyebab siibu ini terlupa akan anaknya. Kes ini perlu diberi perhatian oleh KPM. Hanya siibu sahaja tahu apa yg terjadi...sebab n kenapa terjadi.

Anonymous said...

Beban guru terlalu banyak? Masuk kerja 11 pagi pulang 5.30 petang.... ohhhh... sibuknya. Abis yg antara kami keje swasta ni masuk jam 8.30 pagi balik jam 10 malam pura2 sibuk ke? Dah bagi betis nak peha.

Anonymous said...

profession tidak bersalah...diri sendiri yang tak pandai nak urus kehidupan, rumahtangga, pekerjaan....

Anonymous said...

salam

ajal ketentuan Allah
tapi klau aku jadi suami dia
memang kena la pompuan 2
cuai
dapt anak bukan nak reti jaga
habis buat anak kenapa
banyak lagi org yg xda anak
jaga la rezeki Allah bagi dgn baik

Anonymous said...

Guru banyak beban kerja sehingga terlupa anak dlm kesibukan.Selepas itu hidup menderita hingga akhir hayat.

Anonymous said...

Sedih

Anonymous said...

Mashallah, ajal maut di tangan Allah, jangan lah kita menghukum dia, ini menjadi pelajaran buat kita semua, try to put yourself in her shoe, dont be selfish. Sama sama kita doakan keluarga ini yaa, insyallah.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA