networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Friday, July 5, 2013

Jangan Gelak!!! Khalid Ibrahim Uturn Kata #Langat2 Diperlukan!!!Pulak Dah!!!

Khalid Ibrahim hari ini mengakui pembinaan loji rawatan air Langat 2 (Langat 2) diperlukan di Selangor tetapi dengan syarat ia perlu memberikan nilai ekonomi kepada pengguna di Selangor.

Aspek itu perlu diambil kira memandangkan kos yang terlibat akan ditanggung oleh pengguna air di Selangor, katanya menjawab soalan Shahrum Mohd Sharif (BN-Dengkil) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga sudah bersedia mengadakan rundingan secara profesional dengan kerajaan persekutuan demi memastikan rakyat Selangor akan mendapat perkhidmatan air terawat dengan harga yang terbaik sama ada dari Langat 2 atau daripada mana-mana puncai air negeri itu.

Mengenai pengeluaran air di Selangor, beliau berkata keperluan di negeri itu ialah antara 3,000 hingga 3,500 juta liter sehari dan sejumlah 4,606 juta liter sehari air terawat dikeluarkan dari 34 loji rawatan air di seluruh Selangor yang memproses 17,000 juta liter air mentah sehari.

Bagaimanapun, beliau berkata pengeluaran air terawat ini boleh ditingkatkan kepada 4,800 juta liter sehari jika diperlukan.

"Pada dasarnya kalau semua air kita rawat sampai kepada pengguna tak ada masalah tak cukup air. Masalahnya 30 peratus air yang kita rawat dipanggil NRW (non-revenue water) hilang dalam pengagihan," katanya.

Abdul Khalid berkata masalah air ini akan dapat diatasi jika jumlah peratus NRW itu dikurangkan kepada 15 peratus seperti dalam perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

HE : aku nak gelak bila tengok MB sorang u turn...mana dia penstrukturan semula yang dicanang dulu???kah3!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA