networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, July 18, 2013

Kedah Akan Warta Fatwa Anti Syiah!!!Mampuilah PAS!!!haha #HanyaDiKedah

Kerajaan Negeri Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, langkah itu perlu kerana Kedah juga tidak terkecuali daripada penularan fahaman berkenaan.

"Saya menerima laporan bahawa ia semakin merebak dan menimbulkan keresahan di kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu majoriti penduduk Islam di Kedah dan Malaysia.

"Oleh itu, saya rasa tepat pada masanya dan sesuai untuk kita berusaha mewartakan fatwa ini di peringkat negeri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman, hari ini.

Menurutnya, pendekatan itu wajar dilaksanakan selagi ia masih boleh dikawal.

"Walaupun begitu, sudah timbul masalah apabila berlaku kematian, kadang-kadang jenazah itu diambil pihak tertentu untuk diuruskan mengikut cara Syiah.

"Ia bertentangan dengan amalan kebiasaan kita sebagai Ahli Sunnah. Jadi, ini antara perkara yang sedang berlaku dan akan kita cuba elakkan daripada merebak," katanya.

Mukhriz menambah, keputusan mengenai hanya akan dilaksanakan selepas mengadakan perbincangan bersama Mufti Kedah, Datuk Sheikh Mohamad Baderudin Ahmad dalam masa terdekat.

"Sekarang ini kita tidak boleh menguatkuasakan fatwa itu kerana ia belum diwartakan di peringkat negeri.

"Pada peringkat awal, mungkin kita mahu perbetulkan akidah mereka terlebih dahulu sebelum kita ambil tindakan lebih serius," katanya.

Terdahulu, muzakarah khas Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akhidah, syariah dan akhlak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Anonymous said...

Yg penting penguatkuasaan, bukan sekedar pewartaan. Merokok telah lama diwartakan haram tp tiada penguatkuasaan, tak de maknenye.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA