networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Saturday, July 20, 2013

Kisah Sebenar Guru Yang Kematian Anak di dalam Kereta.. Al-Fatihah....


Bebanan dan tugas yg ditanggung oleh para guru masa kini sangat berat. Kami 'yang menurut printah' ini terlalu memikirkn urusan kerja yg tak pernah surut sehinggakn kekadang keluarga dan rumahtangga terabai. Semalam, seorang rakan kami yang mengajar di smk usj4, Subang Jaya telah kehilangan seorang anak berumur 3 Thn yg lemas di dalam kereta. 

Kisahnya, guru ini menghantar anaknya ke rumah pengasuh. Kebiasaannya, guru ini menghantar kedua2 anaknya yg masing2 berumur 4 dan 3 Thn. tetapi semalam hanya si kakak yang dihantar ke rumah pengasuh manakala si adik masih berada di seat belakang. Guru ini terus pergi ke sek kerana mengajar sesi ptg. Tiba di sek pada kul 11.45 pagi, guru itu tak menyedari anaknya berada di seat belakang. Guru itu mengambil buku di bahagian belakang tetapi langsung tak nampak si anak tadi dan terus MESYUARAT .

Selesai MESYUARAT pada kul 5 petang, ketika membuka pintu kereta belakang, si anak telah kaku tidak bernyawa. Paling menyedihkan ialah ank patung kecil yang dipegang basah dengan air mata si anak. Si ayah bergegas dr p.pinang balik ke Subang Jaya. Hari ini arwah masih belum dibuat postmoterm dan tak dibenarkan keluar dari rumah mayat kerana ibunya tak benarkan postmoterm ke atas anaknya.

Jadikanlah ini sebagai renungan dn iktibar kepada kita semua...Jgn tinggalkan anak2 kecil di dalam kereta. Sebelum mengunci kereta pastikan tiada orang di dalamnya. Walau apapun ajal maut di tangan tuhan, kita hanya mampu merancang. InsyaAllah , bagi si ibu, si anak tadi akan menunggunya di pintu syurga. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah yang akhirnya boleh dibawa balik dan disembahyangkan selepas solat jumaat ini nanti. (semalam). Dipetik dari SUMBER

18 comments:

Anonymous said...

Jawatan lain pun sebok juga melaksanakan tugasan,tapi tanggungjawab kpd anak dan keluarga beres juga,jangan salahkan tugas.Kalau tugas jadi halangan untuk menjaga anak,berhenti je!

Em Dr said...

Check your car before you get in and before you come out . This kind of cases happened few times, some safe, some already died on arrival at hospital, what a tragedy. I beliefe death due to heat stroke rather than asphyxiation. One other case, the car was very darkly tinted, I beliefe if not, may be somebody could noticed a child in the car. Darkly tinted car can be dangerous in this sense, whatever bad happen inside people outside could not know and give help.

Anonymous said...

Memang sesuatu kejadian itu adalah kehendak Allah ... tapi janganlah menyalahkan profession sebagai sebab kenapa kejadian ini berlaku... tahukah kamu bahawa banyak lagi profession lain yang mempunyai banyak tekanan ... polis, doktor, engineer sampai kekadang tak dapat tidur malam berhari-hari. Janganlah pandang masalah pada diri kita saje.... Adakah cikgu ini cuba menyalahkan kerajaan atas kecuaian yang berlaku .... terima saje qodar Allah. Itu lebih mulia....

Anonymous said...

saya rasa orang yang mengaitkan kejadian ini dengan profesion guru, bukanlah guru wanita tersebut...tapi orang lain yang prihatin...janganlah keluarkan kenyataan yang menekan guru wanita tersebut...sekarang ini, ada seorang wanita yang kehilangan anaknya....betapa tertekannya beliau mengenangkan kesalahan, kecuaian sendiri membuatkan anaknya pergi...dia yang melihat sendiri anaknya biru....dia sendiri yang membawa anaknya yang sudah lembik ke hospital...saya mohon rakyat malaysia lebih empati dengan nasib guru ini...jangan jadiakan beliau sebagai punching bag anda semua untuk menegakkan siapa paling kuat kerja...paling teruk kerja...tolongla..

Anonymous said...

jadi cikgu dlu baru rasa mcm ne bebanan kerja nk pndaikn ank org..kalau boleh tilam dan bntal pn ckgu nk bwk ke sekolah. bnyk org kta jd ckgu sernok cti bnyk, gji pn besar tp hakikatny memg keje bnyak..statement x slhkn kerajaan tp bebanan kerja yg ditanggung oleh seorang guru. bca dlu bru komen.

Anonymous said...

betul tu.anda tak lg ambil kire doktor yg oncall lebih 24jam tanpa tidur.bebanan mereka lagi berat dari guru,hmmm.statement ayat pertama dah pelik je bunyi die.

alam said...

Apa yg terjadi adalah ats kehendakNya..jika Allah hendak jadikan sesuatu maka jadilah..Allah menguji hambaNya sesuai dgn keadaan hambaNya..sy yakin si ibu ini bleh menghadapi dugaan hebat ini sbb tu Allah trunkan ujian sbegini rupa..smoga si ibu dan bapa arwah serta ahli keluarga kuat menghadapi dugaan ini...terimalah qada' dan qadar Allah dgn redha..sabar dan solat itulah ubatnya..:)

Anonymous said...

betul tu..jadi cikgu skrg bukan setakat mengajar je byk lg keje yg kene buat..sape yg jd cikgu je faham situasi yg dialami cikgu2 kat skolah..jadi dlm kes nie x de salah profesion nie pun..sume keje ada beban dan dugaannya yg tersendri,, dlm hal ini sy tgk kpd beban kerja yg ditanggung oleh guru2 masa kini..Namun apa yg terjadi kepada guru ini sudah tertulis..redhalah dengan pemergian anakmu kerana kita hanya sementara di dunia nie.Setiap yg hidup akan mati..arwah sudah menghadap Ilahi,,kita nie x taw bila lg..

Anonymous said...

mana ada banyak kerja...aku pun cikgu jgk...biasa jer... abis ngajar kul 1 terus balik boleh tido senang lenang...cuti pun banyak boleh makan angin merata...tipu jer kalau kata cikgu banyak kerja...pembohong

Anonymous said...

bersabar...manusia djadikan lalai. Sebab itu kita perlukan Allah swt. Menyalahkan memang sedap...tidak ada yang salah dalam hal ini...cuma kita perlu muhasabah...kerana sesuatu yang berlaku ada hikmah tersndiri

Anonymous said...

Alfatihah buat arwah. Takziah buat family. Buat si ibu. Jgn salahkan diri. Jgn salahkan kerjaya. Bila Allah dah tetapkan ajal seseorg, walau mcmana kita mngelak atau kita rasa kita patut buat. Xkan melwatkan ajal tu walaupun sesaat
. Redha.,sesungguhnya perancangan itu dtg dr Allah swt. Kita semua hak Allah. Bila masa Allah nak ambk balik haknya, kita kena redha. Kita juga akan balik kpdAllah. Hanya masa, ketika sebab yg mmbzakan. ©_©

Anonymous said...

Hukum gantung buat si ibu.

Anonymous said...

Heran jugak ye..dia antar anak ke pengasuh tak kan tak perasan sorang je yg keluar..ker budak2 tu keluar dan jalan sendiri ke rumah pengasuh??Mak tengok dri keta jer??apa2 pun semua itu kehendk Allah.semoga dia tabah.jadikn ini sebagai pengjaran..

Anonymous said...

Tak faham..napa dia anta anak dia yg 4 thn tu je..napa xanta dua2 mcm biasa...ok Allah da tentukan..just wonder...

Anonymous said...

amik ikhtibar...sentiasa check keseluruhan kereta...bukan setakat chek anak..malahan beg or document dlm kereta utk elak kereta dipecah masuk dsb...

alfatihah dan salam takziah utk arwah dan keluarga terlibat...

-smh-

Anonymous said...

Teringin juga nak tahu... saya ada baca beberapa kes parent yg terlupa anak di dalam kereta, ada yg meninggal seperti kes ini. Dari kajian yg dibuat, ada mengatakan si ibu membuat mental check, dah drop anak, maknanya kerja dah selesai. Saya juga wonder, adakah anak2 turun sendiri? Atau si ibu hantarkan anak ke muka pintu? Sbb kalau si ibu hantar, salam dan cium anak2, ianya satu proses yg lama, yg memerlukan minda sedar untuk lakukan ini. Satu lagi, tempat parking kereta ni di mana? Saya juga wonder kalau kereta di tinted terlalu tebal. Perlu lakukan sesuatu. Sekurang2nya pak guard dan tukang kebun mesti ada merayau2, lagipun jam pukul 11.30 pagi, tentu ada sesi petang, guru2 yg baru sampai, atau guru2 yang nak balik, akan nampak kecuali kalau kereta highly tinted. Saya tahu itu takdir, tapi saya tulis untuk semua yg membaca berfikir... dan sama2 berubah, dan sampaikan kpd yg lain. Kita berhati2 dan berdoa agar Allah lindungkan kita daripada ujian seperti ini.

Anonymous said...

"tetapi semalam hanya si kakak yang dihantar ke rumah pengasuh manakala si adik masih berada di seat belakang. Guru ini terus pergi ke sek kerana mengajar sesi ptg. Tiba di sek pada kul 11.45 pagi, guru itu tak menyedari anaknya berada di seat belakang. Guru itu mengambil buku di bahagian belakang tetapi langsung tak nampak si anak tadi dan terus MESYUARAT."

xkanlah x nampak anak baring/tido kat seat belakang time ambik buku tu??

Anonymous said...

Ank die lagi satu ade dlm bonnet kot . sebb tu die x perasan , ie ke idak?tak logik2 , x kan la bukak pintu x nmpk ank mase nk hntr g tadika tu . x kan la ank tak bising kot dlm kete ? x kan senyap je kot . kete besar serupe double alepad ke ? kalau ye , logik la x nmpak ye .. cikgu gapo dio gitu ? siap amik buku lagi tapi x nmpk ank kt dlm kete ?

#Sya hanye mmpu comment jo la .

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA