networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, July 14, 2013

Mula-Mula Baca Ayat Al-Quran...Sekarang Jual Al-Quran...Tapi Tak Masuk-Masuk Juga Islam...

Nilah salah satu kejayaan Tahaluf Siasi PAS dan kafir...mereka pandai membaca Al-Quran..sekarang sudah pandai memperdagangkan Al-Quran...

Kes ini berlaku di Lowyat...baguslah...tolong jangan fitnah..cina ni sudah ambil wudhu ok sebelum pegang..Pas yang ajar...ucapan buka puasa sambil makan babi sudah kita tahukan...lepas ni jangan terkejut cina ni boleh beri pengertian setiap ayat suci ni sambil makan b*bi......ops...

Jom kita baca hukum harusnya Tahaluf Siasi..apakah Pas berjaya atau sekadar dibodoh2kan sahaja oleh umat dap?

HARUS

Para Ulama' Haraki telah mengharuskan tahaluf siasi dalam gerakan islam antaranya Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Doktor Munir Muhammad al- Ghahdban.(4) Keharusan tahaluf siyasi dengan kerjasama gerakan yang bukan islam boleh di bahagikan dalam beberapa perkara dan hujah-hujahnya.


Bekerjasama dengan bukan islam dalam politik aman (siasah dakwah silmiyah).


Pertama :

BEKERJASAMA UNTUK MELINDUNGI DAKWAH DAN PENDAKWAH.

Adalah di benarkan kepada seorang pendakwah untuk meminta pertolongan demi menjaga maslahah da'awiyah dan penda'wah itu sendiri agar keselamatan diri terjamin dan kerja dakwah berterusan.

Namun, keharusan itu di syaratkan dengan beberapa perkara : (5)

* Orang bukan islam di yakini amanahnya untuk merialisasikan kerja-kerja da'wah
* Tidak berlaku di sebalik kerjasama tersebut pengabaian kepada beberapa prinsip islam

* Tidak berlaku di sebalik kerjasama tersebut kita berdiam diri dari berkata benar atau setuju dengan kebatilan

* Tidak berlaku di sebalik kerjasama itu bermuka-muka dengan kafir atau memuji kekufuran mereka

* Tidak berlaku di sebalik kerjasama itu penguasaan orang kafir ke atas orang islam  dengan membawa kepada kemudharatan kepada penda'wah.


CONTOH keharusan bekerjasama dengan mereka dengan tujuan maslahah dakwah dan pendakwah itu sendiri:

1.Nabi Muhammad SAW bersama dengan Abu Talib

   Seperti yang kita semua maklum, Abu Talib tetap berlembut dengan Nabi SAW dalam apa jua keadaan. Pihak Quraisy berkali-kali meminta agar Abu Talib menasihati Nabi Muhammad agar tidak menyentuh perihal berhala mereka, tetapi Nabi tetap tegas untuk menjalankan da'wahnya. Melihat  pendirian Nabi SAW, berkata Abu Talib : "Pergilah,wahai anak saudaraku.serulah kepada orang ramai apa yang kamu suka(da'wah islam) Demi Tuhan, aku tidak akan serahkan engkau kepada sesiapa juga selama-lamanya"

Berkata Imam Ibnu Kathir : Hikmah yang begitu besar kepada Islam dan Rasulullah SAW di sebalik kufur Abu Talib ialah kekuatannya sebagai benteng utuh da'wah Nabi yang sentiasa mempertahankan Nabi. Seandainya Abu Talib masuk Islam, sudah pasti orang Quraisy tidak akan mempedulikan kemuliaan ,kebesaran dan penghormatan yang ada pada peribadi Abu Talib. Mereka akan menghapuskan Nabi SAW serta Abu Thalib dengan kekerasan dan cemuhan jahat mereka.

Perlindungan yang di berikan Abu Talib kepada Nabi Muhammad bukanlah  ketika di saat getir sahaja bahkan dalam segenap sudut sehinggakan Nabi menjadi terlalu sayang kepada beliau.Ini dapat di buktikan bila mana meninggalnya Abu Talib, Nabi menjadi terlalu sedih.

Jelaslah, bahawa bukan kerana hubungan darah daging sahaja, tapi kerana jasa dan pengorbanan yang di berikan oleh beliau. Sekiranya darah daging di jadikan ukuran, ini kurang tepat kerana Nabi tidak melakukan perkara yang sama pada Abu Jahal dan Abu Lahab.

2.Nabi SAW dengan Al-Najasyi (seorang Nasrani)

 Setelah bertimpa-timpa ujian yang di hadapi kaum muslimin mekah sehingga sampai ke tahap akidah mereka di permain-mainkan, Rasulullah mengarahkan sahabat-sahabat untuk berhijrah ke Habsyah. Al-Habsyah negeri yang di perintah oleh seorang raja yang bernama  An-Najasyi, beragama Nasrani, orangnya adil dalam memerintah negara.

Penghijrahan ini membuktikan bahawa harus bagi kerajaan islam atau individu muslim meminta bantuan daripada bukan Muslim dalam misi menjaga Dakwah Islam, maslahah muslimin ketika suasana dharurat atau  hajat syar'iyah.

Banyak lagi contoh yang boleh di ambil sebagai panduan yang menyatakan bahawa harus dalam bertahaluf siasi dengan bukan islam, seperti sahabat-sahabat Nabi meminta perlindungan daripada sanak saudara yang kafir dari serangan  musyrikin Mekah.

Jadi, kesimpulannya adalah HARUS bagi kerajaan islam dan individu muslim untuk meminta bantuan atau pertolongan  daripada bukan islam bagi tujuan memelihara dakwah islamiah dan diri pendakwah apabila di perlukan apatah lagi ketika darurat demi maslahah Islam. 

Keharusan ini berpandukan beberapa SYARAT :

Syarat 1 : Hendaklah kafir itu boleh di percayai untuk merialisasikan tujuan yang di maksudkan.mungkin dengan perjanjian, perbincangan dan sebagainya.

Syarat 2 : Janganlah kerjasama itu berisiko yang boleh mengakibatkan prinsip islam  atau dasarnya tergadai atau terpaksa di kesampingkan.

Syarat 3 : Janganlah kerjasama itu terdapat unsur bermuka-muka, hipokrit dengan orang kafir.

Syarat 4 : Janganlah kerjasama itu mengakibatkan amar makruf nahi mungkar terabai.

Syarat 5 : Janganlah di sebalik kerjasama itu akan menyebabkan penguasaan orang kafir ke atas islam atau menyebabkan islam redha dengan agama mereka atau membenarkan serta mengiyakan kesyirikan yang berlaku.


Kedua :

BEKERJASAMA DENGAN BUKAN ISLAM SEBAGAI PEMBANTU DALAM POLITIK

Para fuqaha telah berijma' mengenai hukum harus bekerjasama atau meminta bantuan orang kafir untuk menunjuk arah tentera muslimin dalam peperangan,menunjukkan kubu-kubu pertahanan musuh,dengan tujuan memperkasakan lagi kekuatan tentera musimin.

Berkata Ulama' Hanafi, Maliki, Syafi' dan Hambali : Haram ke atas kita meminta bantuan dari kafir dalam berjihad,tetapi di haruskan seumpama meruntuh kubu musuh,menggali terowong,atau mengoperasikan manjanik alat melontar batu besar seperti lastik atau sebagainya.(6)


Ketiga : 

KERJASAMA YANG TIDAK MENGGADAIKAN PRINSIP-PRINSIP UTAMA SYARA'

Contohnya akidah dan perundangan (hudud). Contoh yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dimana Nabi SAW banyak membuat pakatan kerjasama dengan Bani-bani arab untuk menguatkan kerajaaan Madinah dalam menghadapi ancaman berterusan dari Musyrikin Quraisy.

 
Keempat :

MANFAAT ATAU FAEDAH YANG BOLEH DITERIMA OLEH BUKAN ISLAM 

  Pertama : Hak-hak yang wajib di berikan kepada mereka

1.      Wajib menunaikan hak mereka sebagai rakyat sepertimana muslim.
2.      Di berikan sejumlah daripada ghonimah
3.      Memelihara keamanan mereka dan melepaskan tawanan di kalangan mereka

Kedua : Hak-hak yang tidak boleh di berikan kepada bukan muslim

1.      Berperang dengan mereka menentang musuh mereka ynag bukan muslim
2.      Membekalkan senjata kepada bukan muslim
3.      Memberikan gelaran syahid kepada mereka

HE : Kafir sekaramg ni merasakan diri mereka king apabila dpt sokongan parti masuk syurga..tak hairanlah jika ada situa kutuk islam sanggup nak ludah jika lihat perpaduan umat islam...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA