networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, July 11, 2013

@n_izzah Bidas Menteri Pelajaran Dakwa Tiada Jaminan Penempatan Graduan Pendidikan

Secara prinsipnya, tiada dasar jaminan pekerjaan dalam melaksanakan pelantikan dan penempatan graduan yang telah tamat latihan perguruan di IPTA dan IPGM.

Sebaliknya, pelantikan dan penempatan guru baharu berdasarkan kekosongan jawatan yang mencukupi bagi membolehkan setiap graduan yang tamat pengajian dengan jayanya dan memenuhi syarat pelantikan skim dilantik berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran

Demikian jawapan bertulis kementerian itu kepada soalan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam soalannya, Nurul Izzah meminta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) rasional penghapusan jaminan kerja bagi graduan perguruan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA); dan
(b) perancangan jangka panjang untuk graduan ini sekiranya tidak ditempatkan di mana-mana sekolah.

Walau bagaimanapun, kementerian itu menjelaskan pelaksanaan dasar perjawatan ketat yang diputuskan oleh kerajaan mulai 2010, dan keputusan melanjutkan had umur persaraan kepada 60 tahun telah memberi kesan kepada jumlah kekosongan perjawatan yang terhad dan tidak dapat menampung bekalan graduan yang bakal bergraduat mulai tahun 2013.

Justeru, walaupun sebahagian graduan adalah ditaja oleh kementerian, pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan.

"Perkara ini jelas dinyatakan dalam perjanjian biasiswa yang ditandatangani antara kementerian dan graduan yang terlibat," ujar kementerian itu lagi.

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20653-tiada-jaminan-kerja-graduan-tamat-perguruan

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

Anonymous said...

Kalau nak banyak peluang kerja pastikan negara aman damai baru pelabur masuk dan negara membangun. Bukannya dengan menghuru-harakan negara sehingga pelabur lari dan ekonomi terencat. Teori ekonomi yang simple ni pun tak faham ker puak fuckatan ni?

Anonymous said...

Memang Pakatan dia buat bodoh sombong aje.Sbenarnya mereka tau.Hanya nak cari publisiti murah aje.Kalau pakatan memerintah pun dirasakan lebih teruk lgi negara.Jngan perjudikan masa dpan anak cucu kita dgn meneyerah kpd pakatan.Dah pasti mereka akan jual negara.

Anonymous said...

nk buat mcmne der..dh zaman dpt majority AHLI PARLIMEN jenis terencat akal!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA