networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, July 25, 2013

PANAS!!! ADA KAKITANGAN AWAM TIDAK LAYAK TERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN 2013!!! @NajibRazak


Mungkin semalam ramai kakitangan awam dan pesara gembira kerana mendengar perkhabaran bahawa mereka akan menerima sedikit saguhati daripada kerajaan sebagai persiapan menjelang hari raya bernilai RM 500 bagi kakitangan awam dan RM 250 bagi pesara...namun disebalik berita gembira pemberian Bantuan Khas Kewangan 2013 yang ibarat seperti Bonus, rupanya ianya tak semua kakitangan kerajaan dapat...

Ada beberapa syarat telah ditetapkan bagi kakitangan yang layak dan tidak layak..jika semalam kita mengetahui bahawa Gred 1 hingga gred 54 layak menerima imbuhan ini tetapi selepas semakan pekeliling di SINI saya dapati ada ramai kakitangan awam yang tidak layak...untuk mengetahui syarat yang tidak layak boleh klik sini atau rujuk gambar bawah...



Persoalannya, apakah ini dinamakan membela rakyat dan wajib diiktiraf sebagai kerajaan prihatin yang membela kakitangan awam?jika ada kasta khususnya kepada kakitangan kerajaan yang baru masuk bertugas ini adalah tidak adil..mohon PM Najib Razak mengkaji semula prasyarat agar nikmat bantuan khas diambang musim perayaan ini dapat dirasai segenap dan seluruh kakitangan awam...

HE : Inilah masanya PM kita diuji untuk mengotakan slogan Rakyat Didahulukan...walaupun jumlah RM 500 bukanlah besar sangat tapi sekurang-kurangnya dapat meringgankan beban rakyat....

17 comments:

Sue Bee said...

syukur la sbb ada jugak duit lebih tuk bulan ni

Anonymous said...

orang keje kilang kalo tak confirm pun tak dpt bonus

Anonymous said...

senarai yang tidak layak adalah betul dan saya sokong. mereka yg tidak berkerja cuti tanpa gaji, takkan boleh dpt 500 berbanding mereka yg bekerja. mereka yg dikenakan tindakan tatatertib takkan nak beri 500 sedangkan itu adalah hukuman. yg baru kerja tak sampai 1 bulan, takkan dpt 500 sedangkan org lain kerja lebih lama..

rakyat perlu didahulukan tapi tidak melampaui batas...

Anonymous said...

"HE : Inilah masanya PM kita diuji untuk mengotakan slogan Rakyat Didahulukan...walaupun jumlah RM 500 bukanlah besar sangat tapi sekurang-kurangnya dapat meringgankan beban rakyat..."

1. Bukan semua rakyat 'kakitangan awam' ye. Ada ramai juga rakyat pembayar cukai yang tidak bekerja di sektor awam. Jangan jadikan isu ini isu rakyat. Ini isu kakitangan awam. Profesional sikit kalau menulis.

2. Logik la kalau kakitangan awam yang baru bekerja tak dapat bonus. Gila apa performance tak kena measure lagi dah dapat bonus.

3. Adil ke kalau kakitangan yang bercuti tanpa gaji, atau baru bekerja dan masih lagi kurang produktivitinya berbanding yang telah lama bekerja menerima bonus yang sama ? Ini sudah jadi sistem sosialis. Kesamarataan bukan merit.

Lu pikirlah sendiri. Tak perlu raise issue yang sebenarnya non-issue, melainkan anda juga tergolong dalam golongan orang yang tidak layak menerima bonus tersebut. Atau ada orang2 yang terdekat dengan anda yang bernasib sedemikian.

Anonymous said...

Ini pun nak jadi isu ..

ahmad zikron said...

patut dh tu..tak kan yang baru masuk keje 1 hari dh boleh dapat bonus..tu nasib syarat 30 hari dh dapat bonus..kalau swasta selagi tak comfirm mana boleh bonus..tu pn kena keje genap setahun..

Shawn Nizam said...

apa yg PM buat tu mmg adil dan saksama

Anonymous said...

Syarat tersebut memang patut dan padan demi keadilan.

Anonymous said...

setuju, lebih rasional mengikut keperluan, adil tidak bermaksud semua dapat :)

Anonymous said...

Cukup-cukuplah apa yang dah dapat tu. Kerja lah dulu. The clause is correct. The last people to complaint shd be government servants.

Anonymous said...

Dari dulu-dulu mmg dh ada syarat ni...

Anonymous said...

klausa dalam pekeliling tu dh bertahun digunapakai...xperlu dipertikai..

Woofer Storm said...

rasanya memang molek sngat tu bro.. sebabnya kategori yang diberi syarat seperti itu mmng tak patut dapat apa yang sepatutnya yang lain dapat..

Pm sbenarnya dah membuat perkara terbaik untuk rakyat..syabas

PERTEMAN said...

yang tak layak tu semua yg didapati tidak buat kerja, ponteng dsbnya. takder pun tulis penjawat awam yang baru...apadahhhh

Anonymous said...

La... betullah tu syarat tu.. bkn zaman najib ja.. dari dulu lagi kan... takde yg panasnya isu nih... org yg baru kerja ja yg akan anggap isu ni panas... rasanya sebelum kita nak post apa apa... pikir dulu betul ker tak isu nih..

Nmpk sgt kita ni tak pernah ambil tahu pekeliling yg dah dikeluarkan...

Hmmmmmm...

Anonymous said...

Ni sah2 pembangkang yg suka cr pasal...xde apa sgt la tu nk jadikan isu.

Anonymous said...

Macm sye jika 2 bulan lebih adakah layak dapat

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA