networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, July 4, 2013

PANAS : Cikgu Ditembak Di Kelantan!!!

Seorang guru cedera ditembak dalam satu kejadian di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas, cedera di bahagian leher selepas terkena tembakan tersebut.

Bagaimanapun, mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya kini giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca dan suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati, mangsa telah dihantar ke Hospital Pasir Mas oleh seorang lelaki Melayu berusia 50-an dengan menaiki kenderaan jenis Perodua Kembara bagi mendapatkan rawatan awal.

"Mangsa kini sedang dirawat di HPRZ II, dekat sini. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

HE : Kelantan tak selamat?teringat kata-kata LGE kata Johor tak selamat...oleh sebab Kelantan rakan sekutu mereka..maka diam2 sudah!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA