networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, July 31, 2013

PANAS!!! Wanita UMNO Perlukan Perubahan!! #Azalina4WanitaUMNO @Azalina #UdahlahKakJat


Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid bekas Setiausaha Puteri UMNO Malaysia yakin ramai bekas pimpinan serta ahli ahli Puteri yang kini sudah berada dalam kelompok Wanita UMNO akan memberikan sokongan padu kepada bekas Ketua Puteri sewaktu mula mula ditubuhkan pada 20 Jun 2001, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menang pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia pada pemilihan tahun ini.

Bibi yang juga merupakan bekas ADUN Paroi memaklumkan bahawa rakan rakan bekas Exco Puteri sudah pasti akan menyokong Azalina, bekas Boss mereka untuk menewaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Diantara mereka adalah seperti Noraini Ahmad, Mastina Abdul Hamid, Rosnah Rashid Shirlin, Azlina Mehtab, Nora Azmin Radzuan, Norasmah Nawawi dan ramai lagi yang kini sudah pun secara otomatik menjadi ahli Wanita UMNO.

"Kami yakin dengan kepimpinan Azalina. Lihatlah betapa kuatnya Puteri UMNO suatu ketika dahulu..." jelas Puan Sri Bibi yang ditemui dalam majlis Iftar FELDA di Dewan Perdana Kuala Lumpur semalam.

Apabila diajukan soalan apakah ada peluang untuk Azalina menang, maka ini jawapnya,

"Biasalah adat pertandingan, dah pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Azalina got nothing to lose kalau dia tewas tapi kalau dia menang.., its bonus for her, we never know"

"Ramai juga dikalangan Ketua Wanita Bahagian pun dah bagi signal pada Azalina untuk bertanding dan mereka akan sokong untuk perubahan kepimpinan..." tambah Bibi lagi dengan penuh yakin.

Selanjutnya : SINI

HE : Nampak gayanya proaksi Shahrizat memang panas punggung bila DS Azalina umum hendak melawan Shahrizat Jalil bagi jawatan Ketua Wanita UMNO...Berdasarkan prestasi terkini pada PRU yang lalu, ternyata DS Azalina mempunya potensi yang besar apabila berjaya mengekalkan Parlimen Pengerang!!!

Banyaklah sehingga tidak terkira sumbangan DS Azalina dalam membangunkan wanita dalam UMNO...Siapa yang pengasas Puteri UMNO?soalan cepumas ini perlu diketahui oleh semua wanita dalam UMNO yang pernah sezaman dengan DS Azalina dalam Puteri...Seharusnya Sayap Pergerakan Puteri UMNO mengetahui sejarah yang mana DS Azalina merupakan pencetus gerakan sehingga tertubuhnya Sayap Puteri UMNO...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.








1 comment:

Anonymous said...

tgk dan lihat jelah...
hmm...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA