networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Wednesday, July 31, 2013

Pelakon Video "Anjing Aidilfitri" Kata Bela Anjing Tak Haram...Betul!!! Kenapa @AnwarIbrahim Tak Bela?


“Saya tiada niat hina Islam”. Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.

Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.

“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.

Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.

“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.

Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.

Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.

“(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.
Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.



Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu.

Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.

“Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.

Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia.-Mynewshub

HE : Ini bukan soal sensitif atau tidak...tetapi berkaitan dengan sikap biadap dan kurang hajar..terfikir juga kenapa pelakon ni tak bela babi sekali?kalau nak tunjukkan cara penjagaan kesihatan anjing perlu ke nak letak suara latar takbir?usahlah nak spin lagi...u tetap bersalah CHETZ!!!

3 comments:

Anonymous said...

Sok suruh bela babi plak..klo basah,samak..anak haram..

Muslim said...

Boleh bela anjing utk jaga kebun, sbg anjing pemburu, atau skrg sbg anjing pengesan, dan utk jaga kawasan rumah yg luas, tp tidaklah dibawa masuk ke dlm rumah, tidak juga dipeluk dicium sbg pet, dan hendaklah dijaga batasan batasan kenajisan beratnya (mughalazah).

samagreen said...

"Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul".

Teman cuba ngengok isu ini dari sudut yg positif!!

Dlm negara kita Malaysia yg dicintai, penganut Islam-Melayu (sebagai 'tuan rumah') harus bersikap terbuka meraikan Aidilfitri bersama tetamu yg berbilang bangsa dan agama.

Walaupun yg datang tu 'anjing-anjing' dari berbagai 'spesies, warna dan asal-usul' > kita tetap menghargai tetamu.

Harap2 'anjing-anjing' tu nanti jangan le pulak nak gigit balik org yg telah meraikan dan mengangkat dema sebagai tetamu.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA