networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, July 15, 2013

Pembekal Ayam Sudah Main Gila!!Naikkan Harga Ayam..Boikot Ayam Mahal!

Haiya!!!inilah namanya tekanan pembekal..pakat sesama pembekal..dan naikkan harga secara serentak..bila sampai kepada peniaga..nak tak nak depa pun kena naikkan jugak sebabnya depa dpt harga ayam dari pembekal yang sangat tinggi..

Haram jadah punya pembekal..menteri mana?xkan duduk diam jer?takkan hanya mampu seru rakyat makan makanan lain?

Kementerian kalau tak ada kuasa..apa kata keluarkan produk Kedai Ayam 1 Malaysia (KA1M)..mungkin sudah tiba masanya untuk kerajaan ambil alih sepenuhnya sebagaimana strategi yang digunakan KR1M...

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.

"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.

"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.

"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.

Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi.

"Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal," katanya.

Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.

Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150.

"Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya. - Bernama

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Anonymous said...

puasa tahun 2012, harga ayam pun naik jugak dalam rm7.50 - 8.00/kg. tahun 2013 lagi la naik sesuka hati mereka. bukan salah peniaga, tapi salah pembekal, siapa dia pembekal-pembekal ni, al-cina jugak, yang heran bin ajaib tu, tang tahun baru cina tek de ler pulak masalah kenaikan harga ayam, apa dah jadi. BOIKOT JER LER AYAM-AYAM TU. mari kita pakat-pakat ternak ayam kampung, berkhasiat pun berkhasiat.

Anonymous said...

Cina Cina kepala otak hang, guna otak sikit.. Masa bulan Ramadan/Raya, ayam adalah antara makanan utama umat muslim...

Manakala, masa raya Cina, ayam hanyalah makanan sampingan.. Mereka makan babi, yg mana setiap tahun juga menghadapi kenaikan harga melampau..

Jgn Nak melibatkan isu perkauman dlm setiap benda, bulan Ramadhan ni insaf dan bertolak ansur..

Hang puasa ke tak?

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA