networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Sunday, July 14, 2013

#PRK #KualaBesut - Usah Jadi Iblis Melagakan Mat Said Dan Idris Jusoh!!! Nik Ajis Xnak Ke Ludah Husam?Dia Syor Kerajaan Perpaduan Terengganu...kahkahkah!Sesat!!!

Sebaik keputusan pilihan raya umum 2008 diumumkan, seluruh negara dikejutkan dengan berita perlantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru. Ini merupakan satu kejutan yang luar biasa berdasarkan rekod cemerlang Idris Jusoh merampas kembali terengganu dan memimpin negeri tersebut mendapat rekod yang cemerlang biarpun banyak negeri lain mengalami kemerosotan sokongan kepada BN.

Pertentangan kem Idris Jusoh dan Ahmad Said memang nampak sehingga ke seluruh negara buat beberapa ketika sebelum dilupakan.

Bagi Datuk Seri Idris Jusoh yang ditemui sekumpulan penulis jumaat lalu, "ia cerita lama. Biasalah manusia memang kadang-kadang ada perselisihan pendapat. Tapi itu dulu, tapi sekarang saya bekerja baik dengan Menteri Besar. Saya boleh minum teh tarik bersama dan berkempen bersama. Malah saya berazam untuk meningkatkan jumlah undi majoriti sehingga 4000."

Gambar di atas yang dirakam malam tadi membuktikan kebenaran kata-kata Idris Jusoh bahawa khabar permusuhan beliau dengan Ahmad Said adalah cerita lama.

Justeru kempen Pas bahawa menyokong kemenangan calon BN akan memenangkan Idris Jusoh dan memberi tekanan kepada Ahmad Said dalam percaturan politik Terengganu tidak timbul langsung. Ahmad Said dan Idris Jusoh sama-sama memerlukan kemenangan ini.

Ahmad Said akan berhadapan krisis pentadbiran jika BN kalah. Idris Jusoh akan turut menerima tempias gagal memastikan kemenangan BN di kawasan Parlimennya biar pun beliau merupakan Menteri di peringkat pusat.

Kemenangan BN akan menguntungkan kedua-dua mereka. Ahmad Said akan kekal Menteri Besar, Idris Jusoh akan terus memastikan Besut kian "membiru" mengukuhkan kedudukannya sebagai tokoh pemimpin BN Terengganu.

Husam mereka cerita mengenai kepentingan kemenangan Pas untuk kerajaan perpaduan dan juga mengukuhkan kedudukan Ahmad said sebagai Menteri Besar.

Sebaliknya, Husam Musa yang memerlukan kemenangan Pas untuk terus bernafas dalam pemilihan parti yang akan datang. Husam dilantik menjadi Pengarah Pilihan Raya Kecil Pakatan, memilih rakan dan penyumbang dananya sebagai calon, maka Husam sedang berjudi dengan kerjaya politiknya.

Selamat tinggal Husam Musa. Kuala Besut akan terus membiru.

Sumber : http://www.mykmu.net/?p=32924

HE : PAS dengan syaitan memang boleh berkawan...orang dah berdamai dilaga-lagakan...puih! Husam Musa Syor Kerajaan Perpaduan?nak kena ludah dengan Nik Aziz ke?haha!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA