networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, July 5, 2013

Rampasan Kuasa Mesir..Budaya Himpunan Rakyat Amalan Pakatan Rakyat Boleh Menghancurkan Negara...

Mohammed Mursi

MOHAMED Mursi Isa’ al-Ayyat lahir pada 20 Ogos 1951 di al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Mursi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Mursi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Mursi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Morsi Dikena Tahanan Rumah


Mohammed Morsi

Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang dipilih secara demokrasi kini berada di bawah tahanan rumah sejurus digulingkan oleh pihak tentera.

Beratus-ratus ribu rakyat Mesir mengambil tempat di jalan-jalan seluruh Mesir atas tindakan tentera dan kumpulan anti-kerajaan pula meraikan kejatuhan presiden itu.

Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Negara, Adly Mansour bakal menggantikan presiden kerajaan interim negara itu.

Menurut jurucakap Ikhwan Muslimin, Morsi dan orang-orang kanannya kini berada di bawah tahanan di rumah.

Perlembagaan negara juga kini digantung dan Mansour menegaskan pihaknya bakal menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih kuat dan pelbagai.

Menurut ketua Tentera, El-Sisi, pilihan raya parlimen baru bakal diadakan dan pada masa yang sama, Mansour mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perlembagaan baru.

El-Sisi mendakwa, pihak tentera telah memenuhi tanggungjawab mereka yang dianggap bersejarah bagi melindungi negara dengan menggulingkan Morsi.

9 Ahli Parlimen Mesir Letak Jawatan

Sembilan Ahli Parlimen Mesir meletak jawatan sebagai tanda sokongan kepada protes rakyat

Sembilan ahli Parlimen Mesir disahkan meletak jawatan susulan demonstrasi menentang kepimpinan Presiden Mohammed Mursi, semalam.

Salah seorang ahli Parlimen terlibat memberitahu media Ahram Online, mereka terpaksa meletak jawatan daripada Majlis Shura dan Parlimen sebagai sokongan terhadap rakyat Mesir.

Memetik laporan Al- Jazeera, setakat ini, keseluruhan tugasan perundangan Mesir dilaksanakan oleh Majlis Shura selepas Parlimen dibubarkan pada Jun 2012 oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) yang memberi kuasa penuh kepada ketenteraan.

Sementara itu, speaker Majlis Shura, Ahmed Fahmy berkata, sebilangan ahli Parlimen lain turut meletak jawatan tetapi masih belum menerima surat daripada mereka.

Sebelum ini, Muhammed dalam ucapannya berkata, polarisasi hayat politik Mesir semakin terancam dan bakal lumpuh.

Beliau turut mengaku membuat kesilapan pada tahun pertama memegang jawatan dengan memberi peluang kepada pembangkang mengadakan rundingan bagi membuka jalan untuk menjalinkan kerjasama dalam pembentukan Perlembagaan.

Bagaimanapun, Barisan Penyelamat Nasional (NSF) mendakwa, Muhammed gagal bertanggungjawab terhadap polarisasi politik dan ekonomi negara.

"Peluang telah diberi untuk mengetuai perdamaian tetapi beliau tidak bertindak sedemikian. Peletakan jawatan beramai-ramai ini adalah salah sokongan buat Mesir," kata ahli Parlimen yang turut meletak jawatan, Mona Makram.

HE : Salah sorang MP Mesir berkata, rundingan dengan pembangkang bentuk perlembagaan telah memberi peluang kepada kejatuhan sistem pentadbiran...jadi harapannya, kerajaan BN perlu berhati-hati dengan cadangan bangang dari Pakatan Rakyat...risau juga pengulingan kuasa seperti di Mesir berjangkit di Malaysia....tangkap saja barua-barua yang cuba mencetuskan bibit-bibit ini....

1 comment:

Megat Mohd Hisemudin Megat Kasim said...

Mengupas krisis politik Mesir sehingga terjadinya rampasan kuasa tentera yang menggulingkan Mursi. Ikutilah tulisan saya bertajuk, ” Krisis Politik Mesir : Tentera rampas kuasa redakan Arab Spring II”

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/krisis-politik-mesir-tentera-rampas.html

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA