networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Friday, July 19, 2013

Rokok Dunhill Dijangka Naik Harga RM 16.50..Aku Bangkang!!!

Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) hari ini mengulangi gesaannya terhadap kerajaan supaya menaikkan cukai eksais rokok sekurang-kurangnya 50 peratus sebagai langkah mengurangkan jumlah penggunaan rokok dalam negara.

Ahli Majlis MCTC, Dr Norashidah Mohamed Nor, berkata berdasarkan kajian, kenaikan cukai eksais, dapat mengurangkan sehingga 20 peratus penggunaan rokok.

"Pada masa yang sama hasil cukai negara juga boleh naik sehingga 45 peratus," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dr Norashidah yang juga ahli ekonomi Universiti Putra Malaysia berkata, kadar cukai eksais yang dikenakan negara masih rendah berbanding negara-negara lain, iaitu hanya 45 hingga 48 peratus.

"Singapura mengenakan kadar sekitar 65 peratus," katanya.

Dr Norashidah menjelaskan jika cukai eksais itu dinaikkan, harga sekotak rokok premium dengan jumlah 20 batang akan naik kepada RM16 berbanding RM10.50 sekarang.

Namun pengkaji penggunaan tembakau itu berkata kawalan terhadap jenayah penyeludupan rokok juga perlu dilipatgandakan.
"Ini kerana kenaikan cukai, mengakibatkan harga (rokok) naik, penyeludupan rokok juga akan naik untuk memenuhi permintaan rokok murah. Namun, perkara ini mungkin hanya propaganda pihak pembuat rokok yang menakutkan kerajaan untuk tidak menaikkan harga rokok," katanya.

Turut sependapat dengannya ialah Timbalan Presiden MCTC, Dr Mymoon Alias yang berkata langkah berkenaan juga sudah dibuktikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai strategi berkesan ke arah pengurangan penggunaan rokok.

Dalam perkembangan lain, Dr Mymoon berkata MCTC turut menggesa pihak kerajaan negeri mewartakan fatwa larangan merokok oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 1995.

"Fatwa ini memutuskan bahawa merokok haram kerana terdapat kemudaratan. MCTC

Selanjutnya : http://pistolnakal.blogspot.com/2013/07/rokok-nak-naik-harga-lagi-kami-boikot.html?m=1

HE : Apa kesialnya cadangan ni...kalau rokok naik harga atas alasan pencemaran alam sekitar..naikkan sekalilah harga minyak...harga air..harga elektrik..semua benda tu menyumbang pencemaran!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Anonymous said...

Alahai...ahli ekonomi ye?mmmm..mmg lingkop la ekonomi Malaysia kalau Dr.mcm ni yang jadi rujukan.bg komen pon x cnfidnt...ntah sapa pye research la die sakau tu..cittttt...

Hafidz Kulai

Anonymous said...

Ala isap ja rokok john.4hinggit sekotak.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA