networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, August 21, 2013

Anggota @PDRMsia Kena Tembak Nak Kata Apa Pulak?!!!!Bengong Punya Samseng Lanun!!!

“Walaupun terkena tembakan, saya masih sempat melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta dinaiki penjenayah terbabit sebelum pengsan,” kata anggota polis Unit Peronda (MPV), Koperal R Subramaniam, 52, yang cedera di perut selepas ditembak empat lelaki dalam kejadian di Jalan Kuchai Lama, di sini, kelmarin.

SIMPATI...Hishammuddin ketika melawat Subramaniam di PPUM.
Beliau yang ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, semalam, berkata, sebaik dua daripada empat lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arahnya dan rakan setugas, Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, mereka membalas tembakan itu sehingga dia akhirnya rebah tidak sedarkan diri.

LAWAT...Ismail melawat Nor Azlan yang ditembak di Kuchai Lama, semalam.
“Kejadian berkenaan langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas menjaga keselamatan negara,” katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, semalam.

Beliau yang sudah 31 menjadi anggota polis, akan terus berbakti dengan pasukan dan negara.

Sementara itu, Ismail berkata, polis bangga dengan keberanian dua anggota terbabit yang sanggup mempertaruhkan nyawa dalam menjalankan tugas membanteras jenayah di negara ini. -SUMBER

HE : Ini berita lama..sengaja aku up balik supaya dapat ingatkan kembali bahawa tugas PDRM memang amat mencabar dan penuh risiko...mereka bertindak ikut prosedur...yang ditembah tu penjenayah gangster...kenapa nak bela?bangsat!!!

"Blogger Bersama PDRM!!!!"

1 comment:

Anonymous said...

Buat banner dan letakkan gambar yg atas sekali tu di seluruh jalan atau tempat2 awam di pulau pinang dan masukkan kata-kata yang sesuai untuk menyedarkan masyarakat

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA