networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, August 28, 2013

Baru Belajar Ambil Lesen Dah Terbalikkan Kereta..Gila...

Seorang pelajar sekolah memandu trauma selepas kereta yang dipandu semasa menjalani latihan memandu di laluan dari arah Banting ke Kanchong Darat terbalik berhampiran sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang apabila sebuah kereta Proton Saga dari arah Kanchong Darat tiba-tiba membelok ke kanan, menyebabkan kereta dipandu pelajar terbabit gagal dikawal lalu terbalik.

Seorang guru sekolah memandu yang enggan dikenali berkata, pelajar wanita berumur lingkungan 20-an itu baru pertama kali menjalani latihan memandu.

Katanya, mangsa cuba mengelak sebuah kereta dari arah bertentangan yang tiba-tiba membelok ke kanan, namun gagal lalu merempuh kenderaan itu sebelum terbalik.

"Mujur dia hanya cedera ringan di bahagian kaki dan segera dihantar ke Hospital Banting, manakala saya tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Bagaimanapun saya percaya, dia mungkin trauma kerana kenderaan dipandunya terbalik dan hampir meragut nyawanya," katanya yang berada di sebelah pelajarnya itu sepanjang latihan.

Seorang pengguna jalan raya, Nurhanis Rusli, 35, berkata, ketika kejadian, dia berada satu kilometer daripada kenderaan mangsa.

Katanya, dia sendiri tidak perasaan bila pemandu Proton Saga terbabit membelok ke kanan sebelum dirempuh kenderaan mangsa.

"Masa itu saya dalam perjalanan ambil anak di sekolah, tiba-tiba sahaja sebuah kenderaan terbalik di hadapan saya sebelum orang awam cuba membantu mangsa.

"Mujur kedua-dua pemandu selamat," katanya.

HE : Phuff..bahaya jugak pemandu ni...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA