networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, August 7, 2013

Dijangka Satu Lagi Pilihanraya Kecil...Kali Ini Di Melaka...

Semalam Berita telah melaporkan bahawa Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur berhubung dengan perhimpunan 'Blackout 505' pada Jun lalu.

Jika di Sabitkan kesalahan MP Bukit Katil ini akan kehilangan kelayakan sebagai ahli parlimen kerana kesalahan yang dilakukan mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.


Seseorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan jika disabitkan dengan denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit.


Shamsul didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat larangan dalam perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya pada 22 Jun.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawahukuman denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

Persoalannya, jika Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Rayuan memutuskan MP Bukit Katil itu bersalah mengikut Seksyen Akta tersebut, bagaimana pula dengan kelayakan Shamsul sebagai ahli Parlimen?

Menurut Perkara 48 (1)(e) ahli Parlimen akan kehilangan kelayakan jika disabitkan dengan denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit.

Sila rujuk di bawah :

Perkara 48. Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika--

(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas.

(4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan yang terdahulu dalam Perkara ini, jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang kelayakan untuk terus menjadi ahli Majlis itu menurut perenggan (e) Fasal (1) atau di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2)--

(a) kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh dia--

(i) disabitkan dan dihukum sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (e) yang disebut terdahulu; atau

(ii) disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan bersalah atas suatu perbuatan di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2); atau

(b) jika dalam tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam perenggan (a) suatu rayuan atau apa-apa prosiding mahkamah yang lain dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau berkenaan dengan pensabitan atau pembuktian bersalah sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah yang lain itu dibereskan oleh mahkamah; atau

(c) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan

(b) ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan.

(5) Fasal (4) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan, pemilihan atau pelantikan mana-mana orang ke mana-mana satu Majlis Parlimen, yang bagi maksudnya kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) Fasal (1) atau dalam Fasal (2), mengikut mana-mana yang berkenaan.
HE : Jika PRK Djalankan Apakah Tok Ali Akan Merampas Semula Parlimen? #TokAliIsBack!

2 comments:

Anonymous said...

moga siketot yang jahat ni kecundang la hendaknya

Anonymous said...

Muka pon dh ada iras penyamon...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA