networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Sunday, August 11, 2013

HOT!! Jawapan Mengapa Surau Dijadikan Upacara Agama Budha...Kenapa Mudah Sangat Bagi Peluang Kat Agama Lain Guna SURAU!!!


Sejurus artikel yang bertajuk PANAS!!! Cina Budha Sembahyang di Surau Tg Sedili Kota Tinggi?dinaikkan di SINI..aku cuba mencari kebenaran dan jawapan itu telah dikeluarkan oleh MyNewsHub seperti di bawah...

KAMI menemui satu lagi video berkaitan agama yang mengajak kita berfikir lebih lanjut. Ia berkaitan satu kumpulan dipercayai agama Budhha menjalankan upacara sembahyan atau ritual keagamaan mereka dalam sebuah surau.

Lokasinya ialah di Surau Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor.

Video berkenaan telah dimuatnaik oleh sebtv atau pemilik saluran YouTube sebastianphiu semalam. Surau berkenaan dipercayai surau yang berada di dalam kawasan resort.

Video itu turut dimuatnaik di dalam blog sebastianphiu.blogspot.com ditulis oleh Sebastian Phiu Abdullah.

Di dalam video selama 1:25 saat kelihatan kumpulan penganut Buddha ini yang seramai 13 orang sedang menjalankan ritual mereka di dalam ruang solat surau.

Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci Al-Quran di dinding surau berkenaan.

Bagaimanapun, upacara ritual keagaaman Buddha dilihat bersifat sementara kerana lihat cara tempat sembahyang mereka diletakkan dan tambahan pula ia sebuah surau yang terletak di dalam resort.

Pada saya, mereka ini mungkin menjalani sejenis program Budhha di resort berkenaan dan tiada lokasi untuk menjalankan upcara sembahyang sehingga pihak resort memberi mereka kemudahan surau untuk menjalankan ucapara itu.

Mynewshub kemudian menghubungi Pengurus Tanjung Sutera Resort Syed Ahmad Alkaff bagi mendapatkan penjelasan.

Menurut beliau, kejadian berkenaan terjadi semalam dan anggota rombongan terlibat datang dari Singapura. Menurut beliau pihaknya kerap menerima banyak rombongan dan lawatan dari pertubuhan keagamaan di resort mereka.

“Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi mereka mengadakan satu upacara meditasi, memandangkan dewan kami ketika itu penuh kerana sedang digunakan, kami membenarkan mereka menggunakan surau hanya untuk proses meditasi berkenaan.

“Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka secara senyap seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan kemudian mengadakan upacara sembahyang sebegitu rupa,” katanya kepada Mynewshub.my ketika dihubungi hari ini.

Menurut Syed Ahmad, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang ternampak kejadian itu sehingga menimbulkan sedikit ketegangan.

Pihak resort, kemudiannya mengarahkan mereka menghentikan upacara dan semua peralatan sembahyang mereka dikeluarkan, katanya.

Menurut beliau, pihak polis turut berada di surau berkenaan ketika kejadian dan keterangan semua pihak sudah diambil dan direkodkan – Mynewshub.my

Video di SINI..


HE : Persoalannya kenapa pihak pengurusan resort begitu cuai sehinggakan tempat suci ini sangat mudah digunakan oleh agama lain?

3 comments:

Anonymous said...

Shame on you, Syed Ahmad!

Anonymous said...

Syed Ahmad syiah kot?

Aliasgar Bin Mohamad Haniff, HP : 012-5190221 said...

Syed Ahmad perlu peka dan faham akan fungsi rumah Allah. Ia adalah untuk kegunaan orang islam dalam menjalankan rutin keagamaan dan tidak boleh dibenarkan agama lain menggunakan tanpa apa-apa alasan. Sekiranya Syed Ahmad mempunyai kekuatan pegangan terhadap Islam perkara seperti ini tidak akan terjadi. Perkara ini dan juga peghinaan terhadap islam kebelakangan ini terjadi kerana golongan politik terlalu takut dan lembik untuk mengambil tindakan terhadap pihak yg menghina islam. Mereka lebih mementingkan politik dari agama. Pemimpin2 macam ini jawaplah nanti dengan Allah Taala didalam kubur dan akhirat. Syed Ahmad perlu dikeluarkan dari Johor.....

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA