networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Saturday, August 17, 2013

Ibu Lina Joy Tak Pernah Penat Doakan Lina Joy Kembali Kepada Islam


Ibu kepada Azlina Jailani atau Lina Joy, wanita Melayu yang mengaku murtad, tidak pernah berhenti berdoa agar anaknya kembali ke pangkuan agama Islam. 

Wanita berkenaan, Kalthum Omar tetap bersabar dengan dugaan yang menimpa keluarganya biarpun dirinya dalam keadaan tua dimamah usia dan terpaksa berkerusi roda. 

Menurutnya, sejak keputusan kes mahkamah pada tahun 2007, dia tidak lagi bertemu dengan anak perempuannya yang meninggalkan negara untuk berada di Australia. 

"Sedih memang sedih tetapi saya tidak berhenti berdoa agar dia kembali kepada agama Islam dan balik kepada keluarga," katanya dalam program Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia di sini hari ini. 

Program itu merupakan anjuran bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM). 

Lina Joy pernah menggegarkan negara kerana pengakuan murtadnya, namun dia gagal dalam usahanya untuk menggugurkan perkataan Islam daripada MyKad setelah penghakiman Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007. - UTUSAN 

HE : Kadang aku terfikir apakah usaha PAS membantu Lina JOY...kata parti Islam..ni pun salah satu usaha kearah mengIslamkan orang...asik jadi kuda tunggangan DAP je apa dapat?himpunan munajat boleh buat takkan nak kembalikan Lina Joy kepada ISLAM nak salahkan UMNO?Pada masa yang sama aku pun berdoa agar Lina Joy mendapat hidayah dan kembali kepada Islam...amin 

3 comments:

Anonymous said...

Suruh Lina Joy serah borang PAS..comfem masuk syurga wlupn dia ngaku murtad.

Muslim said...

Memang menyedihkan,
Jagalah dirimu dan ahli keluargamu dr Neraka.
Jgnlah kamu mati kecuali dlm keadaan Islam.
Kewajipan utama dlm Islam, solat, jgn sekali kali ditinggalkan, dan pastikan juga semua ahli keluarga kita tidak meninggalkannya.

Anonymous said...

bodoh punya orang suruh isi borang pas wlpun murtad keturunan babi,kapir n firaun

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA