networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, August 11, 2013

Jawapan Tinjauan Langsung Isu Surau Dijadikan Tempat Ibadat Agama Budha..


Pendedahan rakan blogger Harapan Esok dan Pena Minang Return mengenai sebuah surau diubahgunakan sebagai tokong di Tanjung Sedili, Kota Tinggi begitu menarik perhatian saya. Kebetulan pula saya sedang berkunjung ke beberapa rumah saudara di sekitar Johor, maka kesempatan ini tidak saya sia-siakan begitu sahaja.


Dan lewat petang tadi, saya sudah berada di Pekan Tanjung Sedili untuk menyiasat sendiri kejadian tersebut dan ternyata gambar dan video disiarkan sememangnya sepadan dengan sebuah surau dalam kawasan ini. Namun perlu diperjelaskan surau tersebut bukanlah surau awam, sebaliknya milik persendirian dan terletak dalam resort terkemuka di pekan ini.


Kunjungan saya ke resort berkenaan juga mendapati bahawa pintu pagar resort telah ditutup untuk kunjungan umum, malah kediaman dan bangunan dalam resort pula dalam keadaan gelap. Namun saya berjaya memasuki ke kawasan resort berkenaan dan mengambil beberapa keping gambar surau yang didakwa dijadikan sebagai tokong.

Tinjuan lanjut mendapati bahawa surau tersebut telah dibersihkan dan lantai surau berkenaan telah disapu dengan bersih, membuktikan bahawa pihak resort telah mengetahui mengenai pendedahan ini.

Hasil temubual dengan penduduk sekitar resort itu juga mendapati bahawa resort tersebut sering dikunjungi warga Singapura yang menginap dan melakukan aktiviti tertutup tanpa sebarang pemantauan pihak berkuasa tempatan.



Persoalan saya, selepas kejadian begini terjadi, apakah tindakan pihak berkuasa tempatan terutama ADUN Sedili, YB Hj Rasman Hj Ithnain dan Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid terhadap resort berkenaan? Dan apakah pula tindakan susulan untuk menghalang kejadian sebegini berulang?

Malah saya difahamkan Tanjung Sedili mempunyai beberapa pantai peranginan yang dijadikan tumpuan warga Singapura pada hujung minggu untuk beristirehat. Namun khabar yang kurang enak turut kedengaran apabila wujud dakwaan kawasan pantai berkenaan turut dijadikan lokasi parti rahsia pelancong Singapura. Maka apakah tindakan pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam Johor untuk menghalang perkara begini terus berlaku?

Selanjutnya »

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA