networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, August 17, 2013

KDN Tegas Tarik PR Pengusaha Surau 'Tokong' Sedeli!!Syabas @Zahid_Hamidi

AIDCNews – 17/08/13 – Kerajaan telah menarik balik status penduduk tetap (PR) pengusaha resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor yang membenarkan surau di premis itu digunakan untuk ritual keagamaan bukan Islam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan Utusan berkata, penarikan itu berkuat kuasa serta-merta dan ia merupakan tindakan pertama kali diambil terhadap pemegang status PR di negara ini.

Sebelum ini, kira-kira 300 ahli daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman bagi membantah kejadian penganut Buddha yang dibenarkan menggunakan surau menjalankan upacara keagamaan di sebuah resort di Sedili Besar itu.

Perhimpunan selama 30 minit itu melibatkan 10 buah NGO antaranya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa); Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sedili Besar di Dataran Sedili Besar berhadapan Masjid Jamek Al-Muttaqin, Sedili Besar, Kota Tinggi.

Peserta perhimpunan turut membawa sepanduk yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap insiden tersebut dan menggesa tindakan keras dikenakan ke atas pengurusan resort terbabit serta pemiliknya yang secara sedar membenarkan kejadian itu berlaku.

Yang Dipertua Perkasa negeri, Samat Atan berkata, perhimpunan itu memberi peluang kepada penduduk tempatan yang majoritinya beragama Islam menyuarakan kemarahan mereka terhadap pengurusan resort berkenaan.

"Pihak pengurusan jelas tidak menghormati serta tidak menjaga sensitiviti agama di negara ini yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

"Kami juga mengutuk sekeras-kerasnya pengurus resort terbabit dan menganggapnya sebagai pengkhianat agama. Kami turut menyokong titah Sultan Johor yang mahukan agar surau berkenaan dirobohkan," katanya.

Samat juga mempersoalkan tindakan pengurus terbabit yang juga beragama Islam, tetapi seolah-olah sanggup menggadai akidah dengan membenarkan keadaan itu berlaku sehingga mengguris perasaan setiap umat Islam di negara ini.

"Surau itu wajar dirobohkan apatah lagi pembinaannya tidak mengikut syariah, malah arah kiblatnya tersasar jauh dari yang sebenar," katanya. -http://networkedblogs.com/ObNug

HE : Syabas KDN..kena tegas dengan petualang agama!!teringat aku ada tentera upahan macai Jason King ke King Jason pertikaikan kononnya kalau berlaku kt negeri pembangkang berduyun NGO turun..bila berlaku kt Johor xde...sekarang dah nampakkan cara king jason yang memang terserlah kebodohannya...kah3!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA