networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, August 16, 2013

Kenyataan Akhbar - Perpaduan @NajibRazak dan @AnwarIbrahim Mengarut...


Merujuk artikel bertajuk Kisah Sebenar - Anwar Yang Tawarkan Perpaduan Dengan Najib di http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/from-around-the-blogs/58816-kisah-sebenar-anwar-yang-tawarkan-perpaduan-dengan-najib

Pujukan demi pujukan oleh Anwar Ibrahim akhirnya membuat Jusuf mengalah dan bersetuju untuk menjadi orang perantara. Jusuf sepatutnya ke Kuala Lumpur untuk bertemu Datuk Seri Najib pada malam 11 Ramadhan. Namun disebabkan oleh pesawat peribadinya mengalami kerosakkan Jusuf terpaksa membatalkan kedatangannya ke Kuala Lumpur pada 11 Ramadhan. 

RBF ONLINE

Beberapa hari lepas Anwar Ibrahim membuat kenyataan bahawa beliau mengesahkan Datuk Seri Najib menawarkan untuk membentuk kerajaan perpaduan dengannya. Sini

Seperti biasa....setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Anwar kita tak boleh percaya 100 peratus kerana ianya datang daripada seorang munafik. Sebelum pilihan raya umum yang lepas dia berjanji akan mengundurkan diri dari politik sekiranya pakatan pimpinanannya gagal mengambil alih pemerintahan negara. Selepas PRU lain pula jadinya. Tak munafik ke namanya itu ? 

Sekarang dia kata pula Najib tawar perpaduan dengannya...

Apa sebenarnya yang berlaku ?

Anwar telah terlepas peluang terbaik untuk menjadi PM dalam PRU lepas. Selepas PRU beliau sudah tidak dihormati oleh sekutu-sekutunya. Orang-orang mereka lebih menghormati Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng, kerana dua orang itu lebih berkuasa berbanding Anwar yang hanya berjawatan Ketua Pembangkang. Itu pun atas ehsan DAP....

Anwar inginkan kuasa....Anwar ingin dihormati dan disanjungi....Anwar juga bengang kerana Khalid Ibrahim banyak tidak mengikut arahan-arahannya....

Anwar ke Indonesia sekali lagi dan berjumpa Jusuf Kalla merayu-rayu meminta Jusuf agar menolongnya sekali lagi menjadi perantara antara beliau dan Najib. Jusuf agak keberatan untuk menjadi orang tengah sekali lagi kerana beliau telah ada pengalaman ditipu Anwar semasa menjadi orang tengah dalam kes perjanjian PRU lepas. 

Selepas pertemuan Anwar berkali-kali menghubungi Jusuf merayu-rayu agar menolongnya. Dalam bulan Ramadhan Anwar ada menghubungi Jusuf dan salah satu ayat yang digunakan dalam perbualan tersebut seperti berikut, 
"Bilang sama Pak Najib di bulan Ramadhan perlu bermaaf-maafan".
Antara yang ditawarkan Anwar untuk membentuk perpaduan dengan Najib seperti berikut, 

1) Anwar akan memecat Khalid Ibrahim dan Najib boleh memilih individu pilihannya untuk mengetuai Selangor. 

2) Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

3) Empat orang ahli parlimen PKR dilantik sebagai menteri.

Pujukan demi pujukan oleh Anwar Ibrahim akhirnya membuat Jusuf mengalah dan bersetuju untuk menjadi orang perantara. Jusuf sepatutnya ke Kuala Lumpur untuk bertemu Datuk Seri Najib pada malam 11 Ramadhan. Namun disebabkan oleh pesawat peribadinya mengalami kerosakkan Jusuf terpaksa membatalkan kedatangannya ke Kuala Lumpur pada 11 Ramadhan. 

Jusuf Kalla ke Kuala Lumpur pada 20 Ramadhan bersamaan dengan 28 Julai 2013 setelah pesawatnya boleh digunakan. 

Jusuf datang bersama beberapa lagi ahli rombongannya. Antara yang datang bersama Jusuf adalah, Ade Dwi Irawan, Hamid Awaludin dan Emir Chairullah.

-------------------------------------

Hari ini Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan akhbar seperti di bawah...

KENYATAAN AKHBAR

1. Kebelakangan ini beberapa portal berita online telah menyiarkan laporan bahawa YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Laporan portal berita tersebut yang memetik "sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem" Dato' Sri Mohd Najib adalah merupakan "daya imaginasi" penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

3. Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihanraya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut.

4. Laporan yang memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Dato' Sri Mohd Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "kenyataan politik yang berniat nakal".

5. Usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan Dato' Sri Mohd Najib dan Datuk Seri Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.

6. Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Dato' Sri Mohd Najib agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri. Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13.

7. Oleh itu, kenyataan Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "ciptaan dan rekaan" bagi kepentingan politik pembangkang khususnya ketuanya.

Pejabat Perdana Menteri
16 Ogos 2013

HE : Bukan pembangkanglah kalau tak spin cerita...cukup2lah kita ketahui yang Anwar memang kaki spin..sudah banyak tembelangnya pecah tapi masih ramai yang sujud kepadanya...kesian...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


























No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA