networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Friday, August 2, 2013

#KetuaWanita UMNO Bukan Milik Mutlak Shahrizat!!! @Azalina @MPTenggara


Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan Wanita UMNO supaya tidak membuat persepsi negatif kononnya akan berlaku perpecahan dalam pergerakan itu jika Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dicabar pada pemilihan parti akhir tahun ini.

Beliau berkata persepsi sedemikian dilihat sengaja dicipta untuk menggambarkan kepada umum hanya Shahrizat sahaja yang 'paling layak' menerajui sayap wanita.

Beliau bimbang kenyataan ?iklan murahan sesetengah Exco pergerakan itu yang kononnya hanya Shahrizat yang paling layak dikhuatiri akan menimbulkan perasaan tidak senang di peringkat akar umbi.

Memanglah Exconya berhak mempertahankan Shahrizat, tetapi jangan berlebihan seperti iklan murahan dan akhirnya mereka akan dilebelkan sebagai pengampu dan 'kaki kipas' menjelang pemilihan parti, tegas beliau.
Malah katanya, perbuatan itu juga akan mencemarkan lagi reputasi bekas menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu yang sebelum ini dikaitkan dalam isu NFC.

"Mengapa ada yang buat andaian kononya individu yang berhasrat untuk menentang Shahrizat hanya akan membawa perpecahan kepada parti, apakah pergerakan tersebut hak beliau, kata Syed Ali dalam laman blog www.umnobahagiancheras.blogspot.com

Beliau mengulas kenyataan beberapa orang EXCO Wanita UMNO yang memberi gambaran kononnya akan berlaku perpecahan jika kedudukan Shahrizat dicabar terutama oleh bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Syed Ali berkata apakah selama ini Wanita UMNO tidak berpecah, tidak bergeseran dan tidak mengecewakan aspirasi perjuangan wanita selama dipegang oleh Shahrizat.

Oleh sebab itu, katanya wanita UMNO harus lebih rasional dan berfikiran terbuka.

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana awal-awal lagi mana-mana individu yang berhasrat mencabar Shahrizat bagi jawatan Ketua Wanita UMNO akan dilebelkan sebagai sebagai tidak baik dan perosak parti.
Tanggapan dan andaian seperti itu menurut Syed Ali, adalah tidak baik kepada parti malah persepsi kononnya hanya Shahrizat yang paling layak dibimbangi akan menjadi bahan ekspoloitasi pihak pembangkang.

Katanya, barisan EXCO pergerakan itu sepatutnya bersikap ikhlas dengan tidak membuat kenyataan seperti menghasut ahlinya supaya tidak menyokong mana-mana calon yang berhasrat mencabar Shahrizat.

Mengulas lanjut, Syed Ali berkata ahli-ahli UMNO terutama wanita di peringkat akar umbi melihat kenyataan tersebut sebagai hipokrit dan cuba mempertahankan kepentingan seseorang individu yang terbelenggu dengan masalah dan kepentingan diri.

"Yang bercakap mempertahankan Shahrizat hanya segelintir EXCO, yang ada jawatan, bukannya suara majoriti golongan bawah yang sentiasa setia dan ikhlas berjuang bersama UMNO, akar umbi yang tidak tahu bermain politik," tegasnya.

Beliau berkata, adalah tidak masuk akal apabila dikatakan tidak ada seorang pun yang layak menandingi Shahrizat dan ini memberi gambaran seolah-olah puluhan ribu wanita UMNO tidak berkelayakan untuk diberikan peluang menerajui pergerakan tersebut.

Jika dikatakan tidak ada yang berkelayakan menandingi Shahrizat, bermakna pegerakan Wanita UMNO teryata telah gagal melahirkan pemimpin pelapis, gagal mengeluarkan produk terbaik untuk masa depan negara dan ini amat menyedihkan, tegasnya.-- BERNAMA


HE : Inilah masanya sayap wanita untuk berubah!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA