networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Saturday, August 10, 2013

Lagi Hina Islam..Kali Ini Kad Raya Babi...


Dikatakan berlaku satu lagi kes menghina masyarakat Islam di negara ini menerusi laman Facebook yang didakwa milik seorang pembantu kepada seorang wakil rakyat.

Ia menggambarkan kad hari raya yang tertera kepala babi panggang yang diapit lemang di sebelah kiri dan ketupat di sebelah kanan dengan kata-kata yang menjemput umat Islam menikmati hidangan itu. 

Bagaimanapun carian di laman Facebook di akaun yang menggunakan nama 'Alan Tang' mendapati posting kad ucapan itu sudah tidak ada lagi.

Sebaliknya Alan yang merupakan pembantu kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Stulang, Andrew Chen Kah Eng dalam posting statusnya mendakwa terdapat individu lain yang meniru foto serta nama pengenalannya di laman Facebook itu dan memfitnahnya dengan posting sedemikian.

"Saya tidak pernah berniat menghina mana-mana agama dan sebaliknya saya amat berbangga kerana berada di negara yang menerima pelbagai agama seperti Malaysia," katanya.

Beliau mendakwa turut menerima panggilan ugutan menerusi telefon pada pukul 9 pagi semalam daripada pemanggil yang menggunakan nombor persendirian.

Alan yang kemudiannya menyedari posting itu lalu membuat laporan di Balai Polis Taman Pelangi, Johor Bharu pada pukul 4.30 petang hari yang sama.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Johor, ACP Nor Azizan Anan mengesahkan polis menerima laporan tersebut dan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasatnya.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek turut melahirkan rasa kecewa dengan kejadian itu dan berkata ia membuktikan generasi muda kini tidak memahami sensitiviti agama dan kaum.

Beliau yang ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini, berkata negara sudah hampir 60 tahun mencapai kemerdekaan tetapi sejak kebelakangan ini semakin banyak tindakan serta kelakuan antara kaum yang berlaku yang boleh menggugat keamanan negara dan ini amat berbahaya. - Bernama

HE : Samada Alan Tang Ni Memang Sengaja Cari populariti murahan ataupun tidak..kita tidak dapat pastikan...yang pentingnya gambar itu tertera nama Alan Tang...masyarakat Cina semakin melampau..tidak sudah2 menghina islam...ke mana pergi PAS yang katanya comfem masuk syurga?

1 comment:

Anonymous said...

Makin melampau...!
Sengaja nk cetuskn isu perkauman!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA