networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, August 2, 2013

Mendiang Boon Huat Banyak Berjasa Kepada Skuad Hoki Negara..Takziah!

"WALAUPUN beliau sudah pergi, namun jasa Chua Boon Huat kepada sukan hoki akan terus diingati."

Itu komen Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.

Beliau hadir untuk menziarahi mendiang Boon Huat yang maut selepas keretanya melanggar lori di Lebuhraya Damansara-Puchong, dekat Stesen LRT Kelana Jaya, awal pagi semalam.

Menurut Tengku Abdullah, beliau berharap keluarga mendiang tabah dengan dugaan yang berlaku dan banyak bersabar.

"Saya sempat bergurau bersamanya kelmarin dan tidak sangka dia akan pergi. Bagi saya, kita kehilangan permata besar dalam arena hoki," katanya.

Sementara itu, beliau mahu pemain hoki negara meneruskan legasi ditinggalkan mendiang dan berharap rentak permainan pasukan tidak terjejas di sebalik ketiadaan Boon Huat yang sudah kumpul lebih 300 caps untuk Malaysia.

Beliau menggesa pemain negara fokus pada Kejohanan Hoki Lelaki Piala Asia 2013 di Ipoh, Perak dari 24 Ogos hingga 1 September depan dan mencapai kejayaan layak ke pusingan akhir Piala Dunia di The Hague, Belanda, tahun depan. -SH

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA