networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Monday, August 26, 2013

PANAS!!! @Azalina Bertanding #KetuaWanita Sahut Seruan @NajibRazak #TransformasiPolitik... Mantap!!!


DS Azalina BEKAS KETUA PUTERI yang juga AHLI PARLIMEN Pengerang sekarang ini menyuarakan hasratnya mengapa beliau benar-benar ingin bertanding jawatan ketua Wanita UMNO..orang kata keputusan Beliau melawan Kak Jat ibarat menongkah arus diair yang deras tetapi jujurnya bagi aku Kak Jat tak adalah kebal mana....

Kalau lihat balik sejarah Iron Lady pun pernah ditumpaskan Kak Jat yang ketika itu amat gah dan ramai pengaruh..ini politik..tak kisahlah 10 orang ketua bahagian mengumumkan hasrat sokong kak Jat tetapi undi akar umbi tak ada siapa yang tahu....

Kita lihat contohnya di Kedah, walaupun Dato Maznah telah terpekik terlolong menyuarakan Wanita Kedah menyokong Kak Jat 100% tapi realitinya Dato Maznah sendiri tahu...tak semua orang dia Pro Kak Jat...tak percaya?wait n see....itu di Kedah?di negeri lain?nanti dulu....belum panas enjin lagi....

Dato Seri Azalina merasakan dia amat bertanggungjawab bagi mentransformasikan agenda nasional yang dibawa oleh DS Najib Razak yang mana mahukan transformasi politik..fokus perjuangannya adalah akar umbi yang mana mahukan semua ahli Wanita bangkit daripada mimpi gelap selama ini....

Pengundi muda amat penting bagi menjamin kebolehupayaan BN mengekalkan kemenangan dengan bergaya pada PRU 14...Cina tidak boleh buat apa...kita lihat saja PRU 13..mereka sudah all out..tapi masih tak mencukupi untuk mengalahkan BN..

Azalina yan juga berlatar belakangkan PEGUAM tidak ada masalah untuk memenangi jawatan Ketua Wanita....

Jika menang, DS Azalina yang pernah menggalas Ketua Puteri UMNO tidak akan meninggalkan Puteri bergerak sendiri...Beliau akan membawa bersama Wanita dan Puteri sebagai sebuah kesinambungan jentera yang lebih mantap...ini namanya orang yang bekerja!!!bukannya orang yang hanya meraih simpati ditawarkan perlbagai jawatan itu dan ini....

Orang ramai kata, DS Azalina ni tak kawin buat apa pilih dia?baik pilih Kak Jat...aku pun kelakar dengan pejuang-pejuang Kak Jat ni...Jawatan yang diinginkan adalah Ketua Wanita..bukannya Ketua Isteri UMNO...kalau jawatan Ketua Isteri UMNO dipertandingkan...aku sarankan Kak Jat tanding!!DIa lebih sesuai dengan jawatan ini kerana dia pandai jaga Suami..apa yang suami buat Isteri kena tahu..Isteri Mithalilah katakan....

HE : Kita selalu fikir.kenapa pembangkang ada peguam?UMNO tak ada ke?untuk pengetahuan yang tak tahu...DS Azalina adalah berlatarbelakangkan seorang Peguam....Berilah 100 orang ketua bahagian sekalipun yang katanya sokong Kak Jat..tapi kalau akar umbi tak sokong tak guna jugaks...hihi!


Kalau Azalina orang kenal kerana Bekas Ketua Puteri dan Peguam...
Kak Jat pulak orang akan ingat apa?hihi.....

1 comment:

Lesung Besi said...

Yang nak bertandiang nie kedua duanya ada masalah.. Jangan masalah itu berulang lagi kalau dah pegang jawatan sudah lah..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA