networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, August 18, 2013

#PemilihanUMNO Ruang Mengembalikan Kegemilangan Wanita UMNO... #HarapanBaruWanitaUMNO @Azalina


Aku tertarik dengan tulisan sahabat blogger K7L yang mana cuba membuka kesedaran pemimpin sehingga akar umbi UMNO yang mana betapa pentingnya Wanita UMNO memerlukan pembaharuan agar lebih menyengat sebagaimana yang dilakukan di era Iron Lady...

Di bawah ini aku ingin kongsikan tulisan sahabat K7L

Kak Ijat antara orang yang menang ketika zaman Pak Lah. Dia tiba-tiba muncul dan menang menumbangkan Iron Lady, Tan Sri Rafidah Aziz yang ketika itu sedang perform, baik sebagai Menteri mahupun pemimpin Wanita UMNO.

Namun dikatakan kegagalan TS Rafidah mempertahankan jawatan adalah berdasarkan dua faktor :

1. Kak Ijat orang Pak Lah, TS Rafidah orang Tun M
2. TS Rafidah dilihat sebagai orang sombong

Namun selepas Kak Ijat memegang Wanita UMNO, dilihat pergerakan itu lebih slow sementelahan apabila Kak Ijat tewas kepada Nurul Izzah pada PRU12. Kemudian dia masih dilantik sebagai Menteri dan Senator.

Timbul kes pula pasal NFC dan bermacam lagi serangan yang Kak Ijat sendiri tak boleh jawab. Kesannya pada siapa? Sudah tentu pada Wanita UMNO itu sendiri, Kini rakyat melihat Wanita UMNO sebagai satu jentera yang lemah dan penuh kontroversi.

Mantan Naib Ketua Wanita UMNO yang dipecat sebab bertanding bebas pun satu hal juga. Sebab tak jadi calon parlimen terus bertanding bebas. Ini pun satu masalah juga kepada Wanita UMNO.

Keris tak ada undi pada Wanita UMNO tapi UMNO tetap UMNO. Keris nak tanya apakah dengan pemimpin Wanita sedia ada mampu bawa perubahan pada #PRU14 kelak?

HE : Wanita UMNO dahulu dengan sekarang memang jauh berbeza...ayuh kita berdoa agar kepimpinan baru Wanita UMNO akan mengembalikan kegemilangan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Iron Lady...jika K7L memberi 2 alasan kekalahan TS Rafidah..aku ingin tambah 1 sahaja iaitu...Kak Jat ni dalam diam ibarat anai-anai..menyusup ke setiap akar umbi dan bila dah yakin dapat sokongan dia umumkan akan bertanding...

"Sampai Bila UMNO Perlu Menjawab Isu Lembu NFC?"

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA