networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, August 1, 2013

Pengetua Dikatakan Rasis Mohon Maaf..Isu Selesai..Sistem Pendidikan Malaysia Lemah Bila Pelajar Dimanjakan Mak Bapak!!!


Pengetua SMK Alam Megah di Shah Alam didakwa mengakui bahawa beliau memberitahu pelajar keturunan India dan Cina supaya “Balik ke India dan China” semasa satu perhimpunan sekolah dua hari lalu. Timbalan ketua bahagian MIC Shah Alam A Prakash Rao berkata pengetua berkenaan juga telah memohon maaf atas kenyataan berkenaan. 
Beliau berkata, pengetuai itu juga mendakwa memberitahu pelajar Melayu agar “balik ke Indonesia”. 
"Beliau berjanji untuk bertemu dengan pelajar tersebut dalam satu perhimpunan pada hari Jumaat untuk memohon maaf pada mereka,” kata Prakash selepas mengadakan pertemuan dengan pengetua dan pegawai sekolah terbabit pagi ini. 
Pengetua sekolah terbabit didakwa membuat kenyataan berkenaan kerana para pelajar membuat bising ketika lagu kebangsaan dinyanyikan. 
"Beliau berkata beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan tersebut ketika kejadian itu memuncak,” kata Prakash.
Tidak perlu fikirkan lagi..semua perkara sudah selesai...Pengetua ni pun sudi berjumpa pelajar untuk meminta maaf...jadi guru sekarang memamng tak boleh buat apa...yang mereka perlu lakukan hanya mengajar ikut silibus....tegur kalau pelajar tak makan saman..tegur lah sampai tekak pecah...

Nak marah tak boleh...nanti ibu bapa pelajar buat laporan polis sebab emosi anak mereka terganggu...kalau cuit lagilah.,..silap-silap boleh turun naik mahkamah beb sebab sentuh pelajar...ni memang gilak!!!guru tak dibenarkan pegang rotan kecuali yang dah dapat lesen...kan...kan..kan...

Natijahnya, sistem pendidikan Malaysia semakin kebelakang...murid makin manja....bukan setakat guru shaja dia boleh pijak kepala..silap haribulan mak bapak yang defend dia selama ini pun kena pijak....tahniah buat ibu bapa yang kaki report polis...anak anda comfem pandai gila lepas ni!!!

Pelajar tak boleh dimarah...jangan marah..nanti emosi mereka terganggu...susah pulak nak dapat 10A1 dalam SPM nanti...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA