networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, August 2, 2013

Pertandingan Adik Beradik #NKPUM ? @JamawiJaafar Pilihan Pemuda... #JJ4NKPUM


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin berkata UMNO kekal sebagai sebuah parti yang tetap relevan dulu, kini dan selamanya sekiranya terdapat ramai mereka yang ingin menawarkan diri dalam pemilihan parti tersebut nanti.

Namun beliau mengharapkan ruang yang terbuka luas itu diseimbangi dengan tunggak perpaduan supaya ianya kelak dapat mengekalkan perpaduan serta kestabilan didalam parti untuk kepentingan bersama.

"Kalau pertandingan itu sihat kita akan melihat calon yang terbaik akan muncul dalam parti dan sekiranya niat tidak baik..umpamanya mengacau dan sebagainya sesiapa pun tidak akan mendapat manfaat serta faedah.

"Kita bertanding seperti adik beradik… tak perlu taktik kotor atau serangan peribadi yang memalukan. Kita mesti pertahankan institusi Pemuda dan seterusnya ubah persepsi rakyat kepada kita," katanya.

Khairy berkata demikian pada majlis berbuka puasa Pemuda UMNO di Masjid Asy-Syakirin di KLCC. Turut diraikan pada majlis berbuka puasa itu anak-anak yatim serta ibu tunggal dan mereka yang tidak berkemampuan.

Khairy seterusnya menambah bercakap soal transformasi ianya bukan sahaja dapat dilihat di dalam kerajaan malah turut melangkaui parti UMNO itu sendiri.

"Dengan demokrasi yang terbuka dan tidak ada halangan kepada mana-mana ahli untuk bertanding kita anggap ianya cukup positif.Siapapun boleh bertanding, tapi kena ingat ia adalah untuk kukuhkan parti… kalau semata-mata nak lepaskan geram, nanti akhirnya parti yang akan rugi," katanya.

JAMAWI JAAFAR
Tenom, Sabah

LOKMAN NOR ADAM
Shah Alam, Selangor

NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
Titiwangsa, WP

KHAIRUL AZWAN HARUN
Pasir Salak, Perak (KPUN)

Jika dilihat daripada senarai calon ini, aku merasakan peluang lebih terbuka dimiliki oleh anak muda dari Tenom Sabah ini...Jika kita lihat dari peratusan pengundi pada PRU 13, ternyata sumbangan rakyat Sabah terhadap BN amat besar...

Setakat perkenalan aku dengan Jamawi,beliau memang amat mesra dengan golongan muda....berbekalkan pengalaman dalam Pemuda BN dan Sayap Pemuda, Insya'allah potensinya untuk mengalas tanggungjawab yang lebih besar dengan mengalas jawatan Naib Ketua Pemuda akan menjadi realiti...

#JJ4NKPUM

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA