networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, August 9, 2013

Politik Ultra Dalam Pendidikan Islam Perlu Ditangani - @DrRaisYatim


KUALA LUMPUR - Politik ultra tidak harus ditoleransi terutamanya dalam institusi pendidikan Islam, bagi membolehkan penyatuan kumpulan Islam berbeza di negara ini, kata penasihat kerajaan bagi hal ehwal sosial dan kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim. 

Beliau berkata universiti perlu berhati-hati dalam menentukan di mana politik sukar dikawal itu bermula dan di mana tamadun Islam sebenar berakhir. 

"Politik utra perlu ditangani. Mereka (pelajar) datang ke sini untuk belajar, mereka datang ke sini untuk menjadi sarjana. 

"Kita tidak boleh benarkan politik ultra bertapak dalam institusi seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)," katanya kepada Bernama pada majlis sambutan Aidilfitri pelajar antarabangsa UIAM di sini hari ini. 

Rais, yang juga Presiden UIAM berkata sungguhpun persoalan tamadun Islam adalah penting, ia juga harus dilihat mampu mengharmonikan dan memenuhi spektrum lebih luas dalam dunia kesarjanaan dan dunia cendekiawan. 

"Kumpulan bakat antarabangsa perlu meneruskan usaha ke arah menjadikan kesarjanaan Islam sebagai matlamat utama. Kita tidak harus terlepas pandang mengenai hakikat kita hidup dalam komuniti dunia dan Islam tidak harus dilihat sebagai amalan antagonis, daripada aspek kesarjanaan atau daripada aspek sosial," katanya. 

Beliau juga mahu melihat kumpulan kesarjanaan bukan sahaja terlibat dalam subjek Islam tetapi juga subjek seperti perbankan dan perdagangan. 

"Tahun ini, kami meletakkan keutamaan pada kesarjanaan berkaitan perbankan dan perdagangan Islam yang, seperti anda tahu, amat penting dalam dunia ekonomi, dan UIAM telah ditetapkan untuk melakukan yang terbaik dalam bidang ini," katanya. - Bernama 

HE : Tepat..Dalam Islam Ada Kata Jangan Pisahkan Kehidupan Dengan islam..Dalam Al-Quran tak ada sebut pun pasal PAS...Islam itu Agama...PAS itu parti politik...PAS hanya dikuasai oleh pemimpin tua yang tak sedar diri dah nyanyuk.... 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA