networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, August 21, 2013

Rafizi Bersyukur, @Zahid_Hamidi Tarik Balik Saman...

Pengarah Strategi Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli hari ini menarik balik kenyataan berunsur fitnah terhadap Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Inilah padahnya bila dah banyak kali fitnah...akhirnya kantoi juga...tupai pun kalau asik lompat comfem 1 hari akan jatuh..inikan Rafizi...

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Mohd Rafizi Ramli selepas pengarah strategik PKR itu bersetuju mengeluarkan kenyataan yang diakuinya tidak betul daripada blognya.

Dalam kenyataan yang dibacanya di Mahkamah Tinggi di sini, Mohd Rafizi berkata Ahmad Zahid tidak menyalahguna kuasanya (ketika menjadi Menteri Pertahanan) dalam apa jua cara dan tidak mempunyai peranan dalam penetapan keputusan berkaitan transaksi pembelian saham dan tanah pembangunan.

"Saya berpuas hati dengan penjelasan plaintif (Ahmad Zahid) bahawa plaintif tidak menyalahguna kuasanya dalam apa jua cara dan tidak mempunyai sebarang peranan dalam keputusan Boustead Holdings Berhad untuk menyertai transaksi bagi memperoleh saham dan tanah pembangunan milik Astacanggih Sdn Bhd daripada Awan Megah Sdn Bhd seperti yang disebut dalam artikel saya bertarikh 29 Disember 2012.

"Oleh itu, dengan ini, saya secara sepenuh hati dan tanpa sebarang syarat menarik balik kenyataan tidak benar yang saya buat dalam artikel saya itu berkaitan plaintif," katanya.

Peguam Datuk Saseedharan Menon, yang mewakili Ahmad Zahid, memberitahu mahkamah bahawa Ahmad Zahid menerima kenyataan itu dan menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Mohd Rafizi.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong membenarkan permohonan itu dan membatalkan saman berkenaan, tanpa sebarang perintah berkaitan kos.

Ahmad Zahid memfailkan saman itu pada 25 Jun dengan mendakwa Mohd Rafizi menyiarkan dalam laman blognya, RafiziRamli.com, satu artikel yang mengandungi perkara tidak benar dan ditulis dengan niat jahat untuk memberi gambaran negatif tentang beliau (Ahmad Zahid).

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am, khas dan teladan serta penarikan balik artikel itu sepenuhnya serta permohonan maaf dalam empat akhbar harian tempatan. - BERNAMA

HE : Rafizi..Pembangkang dan Fitnah berpisah tidak...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA