networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, August 22, 2013

Shahrizat Liabiliti UMNO!!! Perlu Lepas Jawatan Jika Sayang UMNO!!! #PemilihanUmno #KetuaWanita


Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disaran melepaskan jawatannya pada pemilihan parti akan datang kerana dianggap sebagai liabiliti kepada Umno.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum Jawan berkata, kontroversi melibatkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu boleh menjadi penghalang kepada hasrat Umno untuk melaksanakan proses transformasi.

"Apatah lagi, dengan desakan pembangkang yang menuntut ketulusan dalam Umno. Namun, kontroversi Shahrizat telah mengheret parti ke kancah pertandingan peribadi dan menjadikan beliau sebagai liabiliti kepada parti.

"Jika benar Shahrizat sayangkan Umno, beliau akan melakukan sesuatu yang baik untuk parti (melepaskan jawatan). Kita tidak tahu sama ada pencabarnya boleh menjadi sebaik beliau, tetapi Shahrizat patut tahu bila hendak berundur," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Baru-baru ini, Shahrizat mengulangi pendiriannya untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya sejak pemilihan 2009.

Pendirian itu, katanya, selaras dengan perlembagaan baru Umno yang membenarkan ahlinya bertanding bagi sebarang jawatan.

Dalam pada itu, Jayum berkata, setakat ini tiada calon yang dilihat layak mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan Presiden Umno.

"Dengan pelbagai agenda transformasi negara yang dilaksanakan Najib, beliau berada di landasan yang betul. Mereka yang ingin mencabar Najib perlu mengemukakan idea yang lebih baik daripada beliau.

HE : Kak Jat perlu sedar dia tiada rumah..tiada kawasan Parlimen...cukup-cukuplah karier dalam politik tu...tak malu ke dapat jawatan ehsan orang besar? 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA