networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, August 20, 2013

Shahrizat Tetap 'Ada Jawatan' Walaupun #PemilihanUMNO Belum Lagi.Apa Specialnya Kak Jat Ni? Jangan Jadi PunahSehat Sudah!


Dilihat sebagai langkah mengembalikan karier politiknya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dijangka akan dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri dalam isu berkaitan wanita.

Jawatan penasihat khas itu bertaraf menteri.

Shahrizat juga akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita pada pemilihan Umno tahun ini.

Setakat ini, hanya Datuk Seri Azalina Othman Said telah menyatakan hasrat untuk mencabar Shahrizat.

Shahrizat juga pernah dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri berhubung Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial pada 2008, walaupun beliau tewas dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2009 selepas beliau memenangi jawatan Ketua Wanita selepas menewaskan penyandang jawatan berkenaan, Tan Sri Rafidah Aziz.

Beliau kemudiannya mengangkat sumpah sebagai Senator pada 2009, namun meletakkan jawatannya pada April 2012,selepas ahli keluarganya terlibat dengan skandal kontroversi National Feedlot Corporation (NFC).

Shahrizat juga tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Bagaiamanapun tidak diketahui bila Perdana Menteri akan membuat pengumuman tersebut. -mStar

HE : Belum apa-apa lagi sudah dijanjikan jawatan...sudah budaya UMNO yang tak relevan terus diberi jawatan...sampai bila Najib nak simpan orang-orang macam ni...Kak Jat tak ada wanita UMNO tak pupuslah..jangan jadi punahsehat sudah ler....adoiyai!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA