networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Friday, August 16, 2013

Sultan Johor Titah Jangan Pinggirkan Rakyat Dalam Projek Pembangunan Di Johor..@KhaledNordin @Azalina #LuaskanKuasamu

Gambar google Projek Rapid Pengerang

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menitahkan kerajaan negeri supaya menggubal dasar lebih tegas dan seimbang bagi memastikan rakyat Johor tidak terpinggir daripada pembangunan.

Baginda bertitah, Johor membangun dengan pesat dan berjaya menarik pelaburan asing dan tempatan bernilai berbilion ringgit terutama di kawasan Iskandar dan Pengerang yang sepatutnya meningkatkan taraf hidup rakyat dengan pekerja yang lebih baik serta kehidupan selesa.

Orang luar kaut untung

"Namun, rakyat Johor masih berasakan pembangunan yang berlaku di negeri ini adalah hanya untuk orang luar mengaut keuntungan dan memiliki hartanah di sini.
"Malangnya, kehidupan rakyat semakin tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat dan harga rumah yang melambung tinggi.

"Oleh itu, kerajaan perlu bertindak segera untuk membantu rakyat tempatan memiliki rumah yang sesuai dengan kemampuan mereka, selain menggubal dasar lebih tegas," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim, di sini, semalam.
Hadir sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim dan Menteri -BH

HE : Dengar cakap-cakap orang pelaksanaan Projek mega seperti Rapid dan Iskandar ni telah membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan...dikhabarkan juga anak-anak tempatan yang bakal berkhidmat dengan projek Rapid Pengerang perlu mengikuti kelas tambahan untuk menambahkan pengetahuan tentang pekerjaan ini...

Nak bagi peluang kepada anak tempatan kerja tu..biarlah gajinya lumayan...betul tak?mantaplah Johor..LuaskanKuasamu Johor!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Eylizar Homestay said...

Saya suka sangat sikap Baginda Sultan Johor yang mementingkan rakyatnya. Daulat Tuanku..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA